Ahad, 21 Jun 2015

Stadium yang pernah dijejaki


Assalamualaikum w.b.t

Stadium Bandaraya merupakan stadium yang pertama dijejaki. Perlawanan yg melibatkan Pasukan Pulau Pinang menentang Pdrm Fc (yg pada masa tu diulik isu rasuah), Bagaimanapun Pasukan Pulau Pinang tumpas kepada Pdrm Fc dgn jaringan dua berbalas kosong. Manakala stadium berikutnya adalah Stadium Batu Kawan untuk perlawanan Piala Malaysia antara Pulau Pinang menentang Kedah yg tumpas dgn jaringan 3-2.

Isnin, 24 November 2014

Hudud Siapa Kita Mahu Lawan?

Hukuman hudud ( حدود ) adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah S.W.T di dalam Al-Quran dan Hadis. Hukuman hudud ini adalah hak Allah S.W.T yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim.

Isnin, 14 Julai 2014

Nukilan Buat Gaza Bumi Palestine


Assalamualaikum w.b.t

Masha Allah, Masih berdetum bumi Gaza dihujani Bom tentera israel dan hampir seminggu bumi gaza diratah tentera paling keji di Dunia. masih kelihatan tidur pemimpin2 negara islam seperti perampas Mesir General Al Sisi yg telah mengkianati Bumi Mesir dan menutup Pintu Rafah yg lebih mengeruhkan keadaan. maka hilanglah menyembah bumi Dr Morsi yg telah memperjuangkan Bumi Palestine.

Khamis, 31 Oktober 2013

"Banglasia" Negara Jajahan Bangla

Assalamualaikum


Terlebih dahulu sy ingin memohon maaf jika tajuk yang saya paparkan menguris hati sebilangan kecil rakyat yang sayangkan sebuah negara bernama Malaysia. 

Umum mengetahui nama "Banglasia" ini wujud selepas PRU ke 13 dimana Pilihanraya tersebut dicemari dengan 40 000 kedatangan bangla yang dikatakan mengundi di Malaysia. Natijahnya sy tidak dapat lihat bukti bahawa kenyataan itu adalah benar. Secara rasionalnya 40 000 tidak dapat mendatangkan kesan walaupun hanya di sesetengah tempat. tapi perkiraan orang politik lebih tepat jadi sy abaikan.

Selasa, 20 Ogos 2013

Rezeki dari Langit


Assalamualaikum

Pada pagi yang dingin lagi sejuk disaat orang ramai mula menutup mata dan terlelap di atas katil saya pula menulis entry baru. entry kali nie mengenai rezeki. mungkin ramai lepasan graduan yang masih menganggur mencari peluang-peluang pekerjaan. ternyata nasib kita sama kawan. saya pun terpaksa menganggur hampir 6 bulan sebelum dapat tawaran pekerjaan setelah menghadiri berpuluh temuduga.

Isnin, 22 Julai 2013

Inilah Cabaran


Assalamualaikum

Setelah saya berhenti kerja di Samsung SDIEM sebuah company yang menghasilkan bateri kini saya berkhimat di Sebuah syarikat terkemuka di Malaysia iaitu TNB Janamanjung yang merupakan anak syarikat TNB Generation. Syarikat yang menghasilkan tenaga elektrik dengan kekuatan 2100MW bagi menampung permintaan tenaga elektrik di Malaysia.

Khamis, 18 Julai 2013

Kejayaan Yang Tertangguh



Assalamualaikum

Alhamdulillah Berita baik yang ke 3 rasanya bagi Tahun nie.. Melimpah-limpah rezeki yang Allah nak bagi.. kali nie Tawaran untuk sambung belajar di UTHM dalam Jurusan SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIKAL (LOJI) DENGAN KEPUJIAN..