Ahad, 4 Disember 2011

Projek Terbaru !!..SePuluH Juta Sen!!

Assalamualaikum


Projek terbaru yang dicari - cari telah aku temui.. bukan senang nk cari projek nie tp kalau nk wat projek senang.. hehe.. hasil daripada negara orang putih.. ingat anak melayu tak leh buat ka?? jgn pandang sebelah mata la derr!!!.. Penyelia aku dah bagi green light tunggu Panel je la.. tah apa lagi aku nk auta lepas neh bila nk bentang nanti..


kalau x lepas lagi aku tatau la.. agak2 kalau buat ultraman baru lepas kot.. x pon power rangers!!..

Khamis, 1 Disember 2011

PerMulaan SeBuah PerHubunGan

Pengenalan aku dengan si gadis bukanlah sesuatu yang dijangka.. kami hanya mengenali antara satu sama lain semasa masih bersekolah di tingkatan 6 bawah.. aku merupakan pelajar aliran fizik pada mulanya dan hanya bertukar aliran sebulan kemudian..

Sejurus tawaran aku diterima untuk menukar aliran ke aliran kemanusiaan pertambahan pelajar yang menukar masuk ke sekolahku bertambah dan kemasukkan pelajar baru termasuk si gadis pada masa itu, maka bermulanya pandangan pertamaku pada si gadis..

Kami bukanlah seramah yang disangka.. hanya buat kerja masing-masing.. apatah lagi nak berborak .. tempat duduk aku di dalam kelas betul-betul di belakang si gadis.. tapi bukanlah itu satu kelebihan untuk aku mengenali si gadis..

Lebih kurang beberapa minggu selepas itu aku mengambil keputusan untuk bertukar ke politeknik bagi menyambung pelajaran dalam aliran kejuruteraan kerana asas pendidikan menengah aku ialah kejuruteraan jadi itu adalah sebabnya aku menukar aliran.. ramai jugalah yang tidak menyokong tindakan aku itu termasuklah si gadis.. tetapi itulah keputusan yg terpaksa aku ambil..


Hubungan aku dengan rakan sekelas tidak terputus begitu sahaja.. kami masih berhubung kerana sewaktu aku ingin meninggalkan sekolah, aku ada mengambil no telefon mereka termasuklah no telefon si gadis.. dan pada zahirnya yg aku inginkan hanyalah no telefon si gadis..

Hubungan antara aku dan si gadis bermula apabila aku sering menghantar sms kepada si gadis walaupun pada hakikatnya kami kurang mengenali antara satu sama lain, tetapi itu tidak menghalang kami dari berhubungan.. malah setiap msg aku disapa oleh si gadis yang membuatkan kami makin dekat..

tidak dinafikan pada masa ketika itu hubungan aku dengan ex aku agak sukar untuk dipulihkan.. dan telah terputus di tengah jalan.. oleh sbb aku tiada tempat untuk mengadu aku mula mendekati si gadis untuk menghilangkan kebosanan.. bkn untuk aku mengambil kesempatan.. jalinan hubungan kami tambah erat membuatkan aku tenang untuk melupakan ex aku..

Maka bermulalah hubungan yang makin erat antara aku dan si gadis selepas itu apabila aku sering berbalas msg dengan si gadis..


Pada satu malam sewaktu aku mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan akhir aku mendapat satu sms dari si gadis.. seingat aku si gadis di kampung nya di kedah.. oleh sbb si gadis tak dapat tidur dia menghantar sms kepada aku.. dalam kerancakkan berborak.. aku mencadangkan untuk si gadis membawa aku ke sana satu hari nanti.. lalu si gadis pun berjenaka jika aku jadi pemandu si gadis bolehlah aku ke sana..

Ada satu ketika aku dalam perjalanan ke rumah kawan aku di taiping dengan menaiki motosikal.. si gadis ada melarang aku kerana takut perkara yang tidak diingini berlaku.. masa tu lah aku rasa mcm si gadis take care pasal aku dan hatiku mula terpaut pada si gadis..

Malang tidak berbau.. kemalangan menimpa rombongan kami.. tetapi tidak melibatkan aku.. van yang dinaiki kwnku kemalangan.. mujurlah tiada apa-apa yang berlaku.. sejurus sampai di rumah aku menghantar msg pada si gadis tentang kejadian tersebut.. dimarah teruk aku dibuatnya oleh si gadis..

Malam yang tidak disangka satu perasaan membuatkan aku ingin bertemu dengan si gadis.. aku ingin ke kawasan berdekatan dengan rumah si gadis untuk membeli sesuatu dan kebetulan si gadis pun ingin ke kawasan yang sama.. jadi kami merancang untuk bertemu..

Aku mencari – cari kedai yang ingin dituju oleh si gadis yang rupanya bersebelahan dengan tempat yang ingin aku tuju.. agak sukar jugalah ingin mencari kedai yang asalnya bersebelahan membuatkan aku berpusing berkali-kali.. dan hampir membuatkan aku berputus asa untuk bertemu si gadis.. sehinggalah aku bertemu si gadis yang bersweater pink pada mlm itu di dalam sebuah kedai..

Sejurus sampai di rumah setelah bertemu si gadis perasaan aku seolah2 ada sesuatu yang ingin aku lafaskan.. aku takut aku bertepuk sebelah tangan dan hanya memalukan diri sendiri jika aku berterus terang.. untuk mendapatkan kepastian aku menghantar satu msg kepada si gadis..

"anda didapati bersalah mencuri hati , menceroboh mimpi dan menganggu ketenteraman jiwa saya.. oleh itu anda dijatuhi hukuman mencintai saya seumur hidup anda.. ada bantahan?? "

Aku menunggu dengan resah gelisah.. dengan hanya satu bunyi beeb aku membuka sms yang telah dikirimkan kembali.. si gadis membalasnya jawapannya dengan menyatakan “tiada bantahan”.!! Tiada kata yang terungkap selepas mendapat jawapan dari si gadis..

Maka selepas itu bermulalah hubungan cinta aku dengan si gadis yang aku harap berkekalan hingga akhir hayat kerana aku terlalu mencintai si gadis sepenuh hatiku..