Isnin, 14 Julai 2014

Nukilan Buat Gaza Bumi Palestine


Assalamualaikum w.b.t

Masha Allah, Masih berdetum bumi Gaza dihujani Bom tentera israel dan hampir seminggu bumi gaza diratah tentera paling keji di Dunia. masih kelihatan tidur pemimpin2 negara islam seperti perampas Mesir General Al Sisi yg telah mengkianati Bumi Mesir dan menutup Pintu Rafah yg lebih mengeruhkan keadaan. maka hilanglah menyembah bumi Dr Morsi yg telah memperjuangkan Bumi Palestine.


Mursi dan Palestine


Seperjalanan aku dalam perjalanan ke Stadium Selayang untuk perlawanan Antara Felda United dan Pulau Pinang singgah sebentar di Masjid Al Firdaus untuk menunaikan solat Jumaat. Diceritakan oleh ustaz bagaimana kejatuhan Dr Morsi di Bumi Mesir. Seminggu sebelum kejatuhan Dr Morsi satu perjumpaan tergemar diadakan oleh kalangan Pemimpin Ikhwan Muslimin untuk memperjuangankan bumi palestine. 

Diceritakan bagaimana Dr Morsi Membakar Semangat Anak Muda Mesir untuk berjihad di Bumi Palestine dan membebaskan Palestine dari cengkaman israel si Penjajah. Dalam satu cerita juga mengatakan jika ingin menyelamatkan bumi palestine maka gunakanlah Anak Muda yang Tegap dan gagah dari Mesir kata ustaz. Seminggu selepasnya maka digugurkan Perjuangan Dr Morsi Oleh Jeneral Al sisi. Malahan Nama Dr Morsi juga tidak boleh disebut di Bumi Mesir dimana penduduk yg menyebut mungkin akan ditangkap.

Maka hilanglah lagi Pejuang yg memperjuangankan bumi Palestine setelah Syeikh Ahmad Yassin dan Yasser Arafat.

Mana Hilang Pemimpin Islam

 Sehingga kini aku masih Tertanya-tanya Kemana Hilangnya Pemimpin-pemimpin Arab? Pertubuhan Liga Arab? Pertubuhan Islam Dunia (OIC) dan PBB (yg ternyata lebih menyebelahi israel). Tidaklah ingin aku prajudis mungkin telah dihulurkan bantuan dalam diam tetapi kenapa terus menyepi seolah- olah dihalalkan darah umat islam gaza tanpa seberang Bantahan Dunia. Maaflah jika aku bersuara kerana aku lihat banyak dana negara arab lebih kepada 'bolasepak' contoh yg dpt aku bagi Manchester city siapakah Pemilik Kelab Tersebut??

Rujukkan dari Wikipedia Chairman Manchester City

Sehingga Hari ini Bumi Palestine terus dibedil, bila dan berapa ribu lagi mangsa yang akan terkorban tak siapa pun yang tahu. Semoga Allah dapat melahirkan lebih ramai pejuang seperti Salahuddin Al Ayubi di Bumi Palestine dan Doa Kami Buat Pejuang Palestine Al Qassam. Semoga Kalian dalam Perlindungan ALLAH.

Hulurkan Bantuan Untuk Palestine

Muslim care Menyasarkan 10 Juta Untuk Palestine dan Aman Palestine Menyasarkan 5 Juta termasuk bantuan Sahur Dan Iftar di Palestine. sehingga kini banyak dana disumbangkan kepada alatan perubatan. 



'Teruskan Berdoa Pray4Palestine'

-AS-

Tiada ulasan: