Selasa, 20 Ogos 2013

Rezeki dari Langit


Assalamualaikum

Pada pagi yang dingin lagi sejuk disaat orang ramai mula menutup mata dan terlelap di atas katil saya pula menulis entry baru. entry kali nie mengenai rezeki. mungkin ramai lepasan graduan yang masih menganggur mencari peluang-peluang pekerjaan. ternyata nasib kita sama kawan. saya pun terpaksa menganggur hampir 6 bulan sebelum dapat tawaran pekerjaan setelah menghadiri berpuluh temuduga.

Temuduga pertama saya di Subang Jaya oleh sebuah company oil and gas. dan begitu malang saya hanya balik ke Pulau Pinang tanpa sebarang tawaran. dan bermulalah episod hitam saya gagal dan gagal serta gagal dalam berpuluh temuduga. akibat gagal dalam temuduga sy mengambil keputusan untuk berkerja sementara di sebuah kilang besi sebagai operator seingat saya sebulan sebelum raya.

Line leader saya seorang Nepal. Bayangkanlah seorang graduan diploma berkerja di sebuah kilang besi dengan gaji 800 sebulan dan dibawah seorang leader Nepal. Tapi ini bukanlah pekerjaan yang hina. mungkin ramai yang malu dan terpikir ada diploma tapi kerja macam bangla. sedarlah disebab Mentaliti sebegitulah Buruh luar diperlukan untuk membangunkan Malaysia. dan ruang pekerjaan menjadi sempit.

 Sehinggalah saya mengambil keputusan melanjutkan pelajaran pada peringkat sijil di sebuah kolej swasta atas tajaan Kerajaan Malaysia. akibat dari pengangguran tersebut. setelah lama berusaha barulah rezeki saya hadir dan dapat berkerja di syarikat bateri samsung di senawang sebagai technician dan sehinggalah mendapat tawaran dari TNB serta beberapa tawaran dari Instep dan Universiti.

Kisah ini saya nak jadikan tauladan. bukan mudah untuk saya sampai ke tahap ini. sebab rezeki bukan jatuh dari langit setelah berpuluh kali gagal dalam temuduga. tetapi yang saya ingin kongsikan ialah Usaha. masakan jika tidak usaha mudah untuk dapat rezeki?? anda mempunyai tangan untuk berdoa setiap malam memohon rezeki pada Allah tapi disiang harinya anda leka dan tidur apalah gunanya??

Sebab itulah perlu berusaha dan berdoa. pepatah arab ada berkata berdoa tanpa usaha adalah malas berusaha tanpa berdoa adalah sombong. jadi jangan sombong dengan Allah dan berdoalah serta berusahalah kelak rezeki itu milik anda.

Nak Berjaya Kena Berusaha dan Berdoa serta jangan terlalu ego. Bukalah minda anda dan sedarlah Rezeki tidak akan sewenang-wenangnya jatuh dari Langit tanya berusaha dan berdoa.

1 ulasan:

tenku butang berkata...

done follow sini no.228
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

http://tengkubutang@gmail.com/

dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/