Isnin, 30 Januari 2012

Ultras Panthers Menjadi Ultras Malaya..??

Assalamualaikum..

Ultras Malaya = Ultras Panthers


Bangga siot gambar keluar tv1 bebb!!.. hehehe..

Ultras Panthers

pemimpin ohhh pemimpi..

Assalamualaikum..

sibuk 2/3 hari neh tentang kenyataan seorang pemimpin mengenai negara yahudi iaitu israel.. yg aku rasakan sebagai islam.. jelas aku tersinggung kalau itulah pandangan nya terhadap negara yahudi laknatullah itu.. berikut kenyataan nya :

“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar Ibrahim..???

aku dapat nie dari wallstreet journal.. nk tuduh2 pun x berani takut fitnah.. apa2 pun renungkan lah kisah dan gambar di bawah..


sebuah FAKTA

9,10 April 1948 ? dalam Operation Unity, pengganas
Haganah, Irgun dan Stern bersatu mengepung kampung
Deir Yassin selama dua hari. Dalam tempoh itu 250
orang Arab dibunuh dan dengan kejam dan wanitanya
dirogol. Seramai 25 orang wanita hamil dibelah
perutnya dan bayi mereka disembelih, 52 kanak-kanak
dikudungkan kaki dan tangan.

11 Julai 1948 ? Batalion ke-89 komando Yahudi yang
diketuai Moshe Dayan menawarkan pengampunan kepada
penduduk Islam Lyadd dan Ramle setelah berjaya menawan
perkampungan tersebut. Seramai 100 menerima itu dan
berkumpul di Masjid Dahmash seperti di janjikan. Namun
malang, perlindungan yang diharapkan rupanya bala yang
tiba, mereka semua mati.

15-18 September 1982: Seramai 3,000 kanak-kanak dan
wanita Palestin disembelih di khemah di Sabra dan
Shatila di Lebanon. Ketua tukang sembelih itu ialah
Ariel Sharon, Perdana Menteri Israel sekarang.


Kalau pemimpin ini yang ANDA sokong angkat tangan kalau x sokong angkat kaki pun boleh.. aku tengah cuba angkat kaki tinggi neh!!

Khamis, 26 Januari 2012

Rabu, 25 Januari 2012

Segalanya Terkubur tapi bkn semangat kami

Assalamualaikum

akhirnya group Hmpp terkubur setelah di'hack' oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.. kebelakangan ini ramai saudara Hmpp dibuang dari kumpulan bermula daripada 2000 org menjadi 1300 dan 700 kepada 300 akhirnya group tersebut 'ghaib' dari pandangan mata..

khabar angin mengatakan mungkin ada perasaan iri hati bagi menyatupadukan kaum melayu di pulau pinang.. bagaimanapun tiada pengesahan dapat dibuat.. bagi pihak Admin Hmpp masih berusaha dengan menubuhkan kumpulan baru dan meneruskan perjuangan bagi mengangkat Hmpp menjadi sebuah Ngo dimasa hadapan..

apapun yang terjadi Hmpp akan tetap untuh bagi menyatupadukan serta membantu kaum melayu dan agama islam daripada ditindas di Pulau Pinang.. -Admin Hmpp

Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.

Sabtu, 21 Januari 2012

Suara Misteri Dari langit [VIDEO INSIDE]

assalamualaikum..

Gempar beberapa hari nie tentang kewujudan suara dari langit di kota samarahan yang turut dikatakan kedengaran di beberapa buah negara.. misteri kedengaran suara ini belum dapat dipastikan lagi.. sebagai manusia kita harus menjadikan insiden ini iktibar untuk mendekatkan diri kepada Allah S.w.t. dan mungkin merupakan petanda amaran akhir zaman..

Kita perlu merenung diri dan bermuhasabah diri kerana terlalu banyak perkara yg melalaikan kita dari mengingati Allah S.w.t .. kembalilah kepada Allah mudah - mudahan dijauhkan dari api neraka.. amin..

Jangan menunggu hari tua baru nk bertaubat.. maut sesaat mendahului kita.. bertaubatlah kepada yg maha esa..



Rabu, 18 Januari 2012

901 Akhirnya!! kemenangan aku perolehi..


Assalamualaikum..

nie org puteh punya!! yg melayu punya akan datang.. :)

Setelah hampir TIGA ke EMPAT kali aku dijatuhkan pertuduhan membuat kembali proposal projek semester akhir Politeknik.. akhirnya aku dibebaskan juga dari pertuduhan tersebut.. cehh macam kes anwar ibrahim la pulak kan.. hahaha..

901 merupakan tarikh keramat apabila proposal aku diluluskan oleh 4 orang panel penilai iaitu pensyarah2 politeknik.. setelah 2 proposal lagi ditolak "mentah2" oleh panel yang sebelum nie.. Nama untuk projek kali nie ialah ampbihious cycle yang boleh digunakan di daratan ataupun di atas air.. hasil gabungan tricycle dan bot kayuh.. so terhasilah ampibihious cycle!!!..

kt bawah nie antara gambar bagi projek2 yg kami telah jalankan..



merupakan acuan yang telah dibuat oleh ahli2 group projek aku.. adalah dari polisterin yg telah dipotong dan dibentuk dengan mengunakan kertas pasir.. hampir 3 minggu baru nampak bentuk..


habis kotor bilik kuliah kami kerjakan.. tapi kitaorg kemas balik keh lepas selerakkan.. tension kot nk memikir bentuk yg x dpt dibayangkan nie.. tambahan merupakan ilmu yang baru bagi kami.. maklumlah kami pelajar kejuruteraan loji.. mana tahu nk buat bot2 neh..



Gambar dh yang hampir tiga minggu projek dijalankan .. neh pun belum siap lagi nie acuannya.. adehhh!!..

Isnin, 16 Januari 2012

Pesanan Ugutan !!.. Takut gilerr...


Assalamualaikum..

Dua/Tiga hari lepas x ingat la hari apa.. dalam duk layan FB tu mcm mana tah tergerak hati nk buka mesej dalam FB tu.. tertekan la pulak butang pesanan "lain-lain" .. so ada la msg dari seseorang yang aku sendiri tatau asal usul dia.. tertiba je sound aku mcm kt bawah nie..



kira dia la Taiko Tai, Abg Long, Gangster tahap tinggi dewa 19 yang boleh sound org je.. aku try la masuk page FB dia.. malang betui xda gambar.. seday.. gangster apa pukul curi.. adoii.. so penjelasan aku untuk atas nie.. komen2 aku bkn pasal2 parti politik sngt pun.. aku cakap pasal mentaliti pun dia marah ngn melenting.. cakap pasal agama lagi la dia marah.. dh tu cna aku nk cakap?? haha..

apa2 pun biar la dia bahagia.. aku dalam Himpunan Melayu Pulau Pinang pun untuk menyatukan orang2 melayu yang aku rasakan hampir berpecah dik kerana "Ketabsuban berpolitik" .. len kali kalau nk sound, biar la ada gambar profile.. senang skit setel.. haha..

Anyway aku sebenarnya Admin Himpunan Melayu Pulau Pinang.. merangkap setiausaha HMPP.. dan antara 20 Admin yg ada kt situ.. kami cuma NGO.. bkn parti politik.. x puas hati jgn la "pukul belakang" x macho la Bro..

Kalau Takut Dilambung Ombak, Jangan Berumah di tepi pantai..!!

Jumaat, 13 Januari 2012

Ultras Panthers - Selamanya Aku Bersama MU

Dimana kau berada kami sentiasa berdiri bangga!!


Di Stadium Bandaraya (PULAU PINANG)

AYUHLAH SEMUA:

hoi..kawan-kawan..

apa guna duduk diam saja..

mari semua..

sokonglah pasukan kita..aa...

hoi..mari kita..

bersorak beramai-ramai..

berikanlah semangat paduuu..

harimau kumbang perlu bersatu..uu...



Stadium Darul Aman ( KEDAH )

MANA KAMU

mana kamu 2x

oh penangku 2x

dimana pun kamu kami ada slalu

berikanlah 2x

kekuatan 2x

berikanlah kami sebuah kemenangan

(Chorus)

mana kamu

oh penangku

dimana pun kamu kami ada slalu

berikanlah

kekuatan

berikanlah kami sebuah kemenangan



KAU KEBANGGAANKU:

oh malaysia..kita bersaudara..

pulau pinang..

satukan jiwamu..

selamanya harimau kumbang..

selagi kita berjuang..

pulau pinang...

kau kebanggaanku...ulang2x



SELAMANYA HARIMAU KUMBANG

selamanya. . 2x

selamanya harimau kumbang

tak kan ada. . 2x

tak kan ada penyokong lalang

ele le le la oho oho. .

ele le le la aha aha. .2x

ele le le la oho oho

ele le le la harimau kumbang

harimau kumbang

Selasa, 10 Januari 2012

Adam Adli - Keangkuhan Yg Kecundang


Assalamualaikum

Aku rasa mcm tertarik pulak dengan kisah Mamat sorang nie.. kira dia nie la paling TikTop seminggu dua neh.. 1 malaysia kenal oo.. cuma ayam belakang rumah aku je x berapa nk kenal sngat dengan mamat nie.. tapi kira Famous la tu..

Adam Adli nie merupakan mahasisiwa daripada UPSI.. universiti perguruan tu.. kira nya mamat nie 'Bakal' cikgu zaman 2020 la katakan, bijok bebenar.. tapi yang aku x paham pasaipa la yg dia x suka sangat dengan AUKU tu.. adakah auku nie menghalang dia pergi solat?? atau pergi toilet?? aduhh.. kalau dia nk belajar tu buat la cara nk belajar bro.. jangan sbb nila setitik rosak susu sebelanga.. tambahan final exam pn dh dekat boleh dia wat kecoh lg tu.. baguih la betui la.. pointer 4flat kot..

Terus terang aku cakap aku x suka dengan mamat nie!!.. aku pun antara student mcm dia juga.. minat politik tapi x la sampai jadi 'Balaci' mana2 parti politik.. sebenarnya bagi aku AUKU nie sebagai penghalang terutamanya untuk budak2 melayu nie yg masih belajar dari berdemo.. bayangkan kalau AUKU nie dimansuhkan betapa bnyk budak2 melayu akan turun berdemo?? so mcm mana nk tumpukan pada pelajaran?? tp Mamat nie best student kot?? kot2 je la..

Budak Cina pulun study.. anak melayu apa nk jadi?? korang penah tengok tiap kali demonstrasi berapa ramai budak cina turun?? bandingkan dengan budak melayu??.. pehh.. cer tngk statistik budak2 melayu yg kena buang IPT.. budak cina ada ke??

Apa yg Mamat Adam nie nk sebenarnya?? kebebasan bersuara?? kalau aku la diberi kebebasan suara.. tau apa aku nk minta?? aku nk sistem pembelajaran kt malaysia nie lebih sistematik.. x la jadual ubah last minit.. lg aku nk minta mesin2 baru yg ikot peredaran zaman, sbb tempat aku belajar mesin rosak2.. bila kerajaan nk tukar?? aku nk belajar!!!.. tp adam minta nk "berdemo" je?? nk berdemo sorang2 sudah la jgn rosakkan anak melayu yg lain.. aduhh..

Adam kata x sebelahi mana2 parti politik..?? haha.. cm lawak je.. cer korang search google gambar2 adam adli.. rasa2 korang??.. aritu dia ada la datang penang.. pastu balik ipoh buat demo malam tahun baru.. banyak juga duit PTPTN dia noh.. bak la aku sikit..!!

Sebagai negara membangun nie.. xyah jadi hero sngt nk tiru negara2 yg dh maju.. skit2 nk bandingkan dengan negara maju lain mcm jepun.. sedarlah skit tahap kita.. jgn sebab ego kita seorang.. semua akan terima padah nanti..

Why budak2 melayu nie susah sngt nk pikir masa depan?? belajar rajin2 dulu bro.. biar gaji ribu2.. nanti kalau dh ada buit bnyk.. berdemo la sampai letih.. jgn la nk berdemo guna duit Ptptn.. tu satu amanah untuk belajar bkn guna untuk benda lain.. nanti bila kerja x dpt.. salahkan kerajaan lagi.. Hutang mcm mana nk bayar???..

UPSI bagi 3 sem untuk berdemo.. berjuang lah BRO!!..
PEACE NO WAR!!

Isnin, 2 Januari 2012

Martabat Kah Bahasa Melayu ??

Assalamualaikum



PPSMI?? penah dengar x singkatan nie?? atau nama lain nya pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris.. aku pun antara pelajar yg mengunakan sistem nie dalam pembelajaran di sekolah dulu.. tp apa yg peliknya jadi isu pulak sistem neh?? budak sekolah x kalut, pakcik yg tinggalkan sekolah pulak buat kalut.. tambah2 isu nie dipolitikkan..

ya.. ya.. ya..
kita nk martabatkan bahasa melayu..tu aku pun tahu tapi betul ke dengan mansuhkan PPSMI neh.. bahasa melayu akan dimartabatkan.. Helo pakcik2 kt dewan rakyat yg cina tu semua cakap bahasa inggeris tak pula kita ckp nk martabatkan bahasa melayu??.. dalam tv nuh.. dato2 cakap bahasa inggeris x jd isu pun??

ini bukan caranya.. kita memundurkan sistem pembelajaran negara kita sndri.. zaman dh berubah.. banyak cara kita nk martabatkan bahasa melayu.. mcm2 lagi cara kita ada, pilihan di tangan kita.. cuma kita ja keciklah pemikiran kita pada perkara yg tak rumit.. banyak istilah2 sains yg sukar disebut apabila dialih bahasa.. istilah sains?? bkn kt malaysia ja.. itu dunia!!..

sebagai contoh, aku pernah melawat thailand beberapa kali.. kalau hampa ada perasan la.. semua siaran Tv di sana dialihkan ke bahasa thailand.. bkn sarikata tapi alih bahasa.. kalau di hatyai bolehlah cakap bahasa melayu sbb masih ada yg paham.. tapi kalau di bangkok??? bahasa melayu mmg diorg x paham.. cuba plak cakap inggeris?? LANGSUNG x paham.. sbb diorg x didedahkan dengan bahasa antarabangsa kerana memartabatkan bahasa ibunda..

Wokeh.. mmg diorang martabatkan bahasa ibunda.. tapi betul ke?? sesama diorg boleh la.. mcm mana org luar nk cakap bahasa ibunda mereka jika melancong thailand?? tak pening kepala?? silap haribulan ckp lain bagi lain.. x ke naya??.. martabatkan bahasa ibunda mmg penting tapi kena la ikot peredaran zaman..

banyak cara untuk martabatkan bahasa melayu sebenarnya.. seperti syarat lulus spm naikkan gred ke B. pendedahan kesusasteraan melayu dengan lebih mendalam.. bulan bahasa.. pesta pantun.. mcm2 lagi la.. tu pun nk aku pikir ke?? hadoii..

Bangsa Cina tentang PPSMI?? kenapa..?? seperti yang diketahui ramai kaum yang mencemburui terutamanya cina bila anak-anak melayu nie pandai2 terutamanya apabila menguasai bahasa inggeris.. kenapa cemburu?? nk bukti?? kaum cina sndri x suka bahasa melayu malah turut mahir berbahasa inggeris.. bai kalau cina jawab soalan peperiksaan dalam b.inggeris banyak yg lulus berbanding bahasa melayu.. so xda ka agenda tersembunyi?? 


budak sekolah lagi senang gunakan bahasa melayu?? mmg ada kebenaran.. tapi sampai bila?? sukar bila budak-budak luar bandar nk mempelajari subjed nie dalam bahasa inggeris.. mmg betul.. tapi smpai bila.. di peringkat IPTA nanti pun guna istilah yg sama.. so dimana ruginya?? kita bkn belajar hanya untuk lulus periksaan tapi untuk masa depan.. 


kita bandingkan dengan negara maju seperti jepun dan jerman.. tu negara maju.. kita negara membangun.. bnyk benda yg kita perlu pelajari untuk mencapai standart yang bagus mcm negara yg maju.. 


Natijahnya kita sndri yang menyukarkan dan menyulitkan perkara yg x sukar nie.. banyak lagi cara.. semua nya ditangan kita.. susah-susah dahulu, senang-senang kemudian atau senang dahulu susah kemudian?? fikir-fikirkan lah..

Tak bermakna tak guna bahasa melayu dalam sains dan matematik kita tak martabatkan bahasa kita..

Ahad, 1 Januari 2012

Sambutan Tahun Baru.. Best ke??

Assalamualaikum..


Ada Apa dengan Sambutan Tahun baru..?? Semalam aku pergi tengok bola di stadium bandaraya antara PBA FC dgn USM FC.. lepas tu ada la Admin2 dari HMPP ajak kuar jenjalan kt Pesta Penang sungai nibong.. Fulamak!!.. ramai gila himpunan manusia yg berpusu nk masuk dalam tu.. kalau digugurkan bom atom la mcm kt hiroshima dan nagasaki abeh tinggal tulang semuanye..

Malam sambutan tahun baru jalan jgn kata la.. sesak yg amat sangat!!.. so best ke?? sblum nie pun malam tahun baru aku duk rumah ja tatau pulak suasana kt luar..

keluar je dari Pulau aku lepak la kt atas jambatan sblah kilang gula.. ramai gak la yg lepak situ.. nk tengok bunga api punya pasal.. berpinau gak la sbb bnyk sngt bunga api.. tp tu yg sedap mata memandang.. yg lain mcm mana??

yg x sedap mata memandang.. Mat rempit mcm biasa la tunjukkan kehebatan masing2 bonceng moto smpai lupa dunia.. pasangan couple??.. kalau dh khwn x kisah la.. ini umo baru 14 tahun.. berpegangan tangan smpai lupa agama.. budak skrg.. malu?? tahu ke??.. maksiat?? masyaallah..

aku pun budak muda.. tapi x la smpai mcm tu.. enjoy tu enjoy juga.. agama jgn ketepikan.. ini soal maruah, soal akidah.. xkan la bila dh terlanjur baru nk ingat dosa?? manusia-manusia.. tolong la pikirkan dengan rasional apa baik dan buruk.. mudah-mudahan kita dijauhkan dari gejala yg negatif nie.. amin..
Dunia akhir Zaman