Jumaat, 31 Ogos 2012

Perutusan Kemerdekaan Yang Ke 55 Tahun

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulilah dengan izinnya kita telah Merdeka hampir 55tahun setelah dijajah hampir 446tahun.. kita pernah dijajah oleh Portugis ,Belanda, British dan Jepun.. Kita telah 55tahun Merdeka yang mana bakinya masih ada 391tahun daripada saki baki kita dijajah.. mampukah kita mempertahankan kemerdekaan untuk beratus tahun lagi??

Diringkaskan Selepas Jepun menyerah kalah dalam peperangan dengan Amerika Syarikat (Jepun telah dipaksa untuk menyerah kalah oleh Amerika dengan pelbagai cara, akan tetapi akibat kedegilan Jepun untuk mengaku kalah…pihak Amerika telah menggunakan bom atom yang pada ketika itu merupakan satu senjata sulit yang berjaya dicipta oleh saintis Amerika diketuai oleh salah seorang Jeneral perang serta pada masa yang sama memegang portfolio jurutera di dalam angkatan tentera …hasilnya bom atom dengan kod nama “Fat Man” dan“Little Boy” telah berjaya dicipta manakala tanah Hiroshima dan Nagasaki telah dipilih sebagai tempat untuk meledakkan bom berkenaa
n..

Akhirnya, Jepun menyerah kalah dengan diisytiharkan oleh Maharaja Jepun pada ketika itu) Jepun telah berundur dari Malaya dan pemerintahan Malaya telah diserahkan kembali kepada pihak British. Tidak hanya sampai disitu apabila diambil alih oleh British ada sakibaki Komunis yang pada asalnya menentang Jepun kembali untuk menentang British..


Tujuan Asal Komunis ialah menentang Jepun dan setelah Jepun kalah tujuan nya beralih arah menentang British.. oleh sebab itu ada sesetengah org melayu menyertai mereka spt Mat Indera kerana berangapan untuk menentang penjajah.. Tetapi Komunis ingin Menjadikan Malaysia sebuah negara Republik seperti Republik Indonesia dan Republik Singapura.. Manakala pejuang-pejuang Melayu ingin menjadikan Malaysia sebuah negara yang berDAULAT yang bernaung dibawah raja Tanah Melayu..


Kalau ada yang berangapan Mat indera adalah pejuang dan Tunku adalah pertualang ternyata tangapan anda adalah salah.. bagi aku mmg Tunku berada dibawah pentadbiran British dan menjadi pegawai British tetapi cita2 nya adalah menuntut kemerdekaan.. jika anda lihat komunis mengunakan kekerasan untuk menentang british tetapi Tunku mengunakan Akal tanpa melibatkan pertumpahan darah.. cara yang berlainan tetapi matlamat nya tetap sama iaitu menuntut kemerdekaan..

Adakah layak mengangkat komunis sebagai pejuang?? ini fakta yang aku nk utarakan.. berfikirlah dua atau pun 5 kali sebelum membuat keputusan.. adakah layak??


Fakta Penting :Sejumlah 1,444 orang anggota polis telah terkorban, manakala 1,883 lagi anggota polis telah cedera angkara PKM. Seramai 2,558 orang awam terbunuh dan 1,490 orang awam cedera akibat kekejaman komunis.


Pernah satu ketika aku bersama seorang bekas askar yang pernah berjuang menuntut kemerdekaan.. diceritakan bagaimana susah payah menuntut kemerdekaan ketika itu.. dan keganasan komunis selama 14 hari bukanlah perkara yang boleh dipandang remeh.. akibat terlalu marahkan komunis.. seorang kawan nya tidak dapat menahan sabar lalu membunuh sakibaki komunis yang menjadi tawanan.. ini realiti dan hakikat..

adakah anda tahu ketika rumah-rumah dibakar penghuninya dilarang keluar dari rumah.. dan barang siapa yang keluar akan ditembak dan dibunuh.. dimanapun ketika itu situasinya ialah MATI.. inilah keadaan yang digambarkan ketika itu.. hanya 14 hari 2558 orang awam terbunuh.. adakah ini boleh diangkat sebagai pejuang??..

Namun kita Malaysia telah Merdeka selama 55Tahun.. Perbagai pembangunan telah dihadapi dan perubahan demi perubahan.. Malaysia juga menjadi tumpuan dunia yang dikatakan sebuah negara yang membangun paling pesat.. tetapi adakah anda telah merdeka?? fikirkan lah..

Dihari kemerdekaan ini apa yang ingin aku laungkan ialah Hentikanlah Perbalahan Politik kerana aku hanya inginkan persaudaraan.. walaupun berbeza parti jadilah kawan yang sejati.. sesuatu yang harus diingatkan jika semangat perpecahan terus disemai tidak mustahil kita akan dijajah sekali lagi.. mahukah kita dijajah selama 446Tahun lagi?? bersatulah dan rapatkan saf..

Akhir kata Bersatu Hatilah dan cintailah keamanan yang anda kecapi.. Ketahuilah keperitan dan kesengsaraan pejuang-pejuang dahulu adalah untuk kesenangan anda hari ini.. siapalah anda tanpa Mereka..

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN
YANG KE 55 TAHUN
-Angah-

1 ulasan:

Nurul Iman berkata...

salam kemerdekaan. semoga keamanan negara terus-terusan dlm gengaman kita...=]