Jumaat, 8 Februari 2013

Rezeki Itu Dari Allah


Assalamualaikum

Alhamdulillah sempurna dengan kehidupan sekarang walaupun kadang kala rindukan kampung halaman.. menjadi seorang perantau nie penuh dengan cabaran dan dugaan.. hakikat yang perlu dihadapi keluarga jauh di Utara Tanah Air.. 

Permulaan kerja yang amat baik.. berpatutan dengan pendapatan.. sekarang mampu untuk kehidupan.. hanya jangan jadikan duit sebagai 'tuhan' kelak buruk padahnya.. satu moral yang bagus rasanya.. yang pasti dunia dah dapat akhirat jadi tumpuan.. 

Orang suka kata masa muda nie la kena kerja teruk supaya duit boleh banyak masa tua nanti.. tapi badanpun perlukan rehat yang cukup.. apa guna duit yang banyak tapi kesihatan yang merosot?? justeru kenala pastikan mendapat rehat yang cukup inshaa allah duit ada umur pun panjang boleh tambahkan amalan.. 

jika dibandingkan dengan golongan kaya raya mmg mereka banyak duit tapi hati tetap tidak tenang masa tetap tidak ada.. adakah duit itu mampu membeli kebahagian atau sebuah kehidupan?? ada pepatah yang dinukilkan, kita boleh membeli tilam tetapi tidak dapat membeli tidur.. jadi apa guna tilam yang mahal sedangkan tiada masa untuk tidur..

Dari Pulau Pinang hinggalah ke Seremban beralih ke Mantin Kini di Senawang.. satu perjalanan yang jauh.. yang pasti hanya sebuah permulaan.. In shaa Allah dipermudahkan segala urusan.. yang baik dari Allah yang buruk atas kekhilafan diri ini..

Sebuah Permulaan Alam Pekerjaan Di 
Samsung SDI, Senawang, Negeri Sembilan

Tiada ulasan: