Assalamualaikum w.b.t
Kata orang tua dahulu "Tuah ayam nampak dikaki Tuah manusia siapa yang tahu" itulah sebenarnya yang dikatakan REZEKI.. Yakinilah bahawa Allah telah menyediakan rezeki masing2 untuk hambanya.. ini adalah percubaan kali ke 4 saya dalam permohonan untuk menceburi bidang oil and gas. yang mana 2 kali pertama gagal dan pernah diterima sebagai calon simpanan dan yang terbaru pada 20 Mei yang lalu.
Hanya sedikit Tips yang dapat saya kongsikan.. harap dapat membantu.. yang selebihnya ialah atas daya USAHA anda sendiri.. Ada satu falsafah yang berkata Berusaha tanpa Berdoa adalah Sombong dan Berdoa tanpa Usaha adalah Malas.. Renung2kanlah..
Perkara WAJIB anda tahu..??
- Khusus PTP-1 : 6 Bulan Di Instep dan 6 Bulan Praktikal
- Penginapan, pengangkutan dan Makan Minum ditanggung Petronas
- Elaun Semasa Belajar HANYA Rm250
- Elaun Semasa Praktikal Rm 900
- TIADA JAMINAN KERJA
Bagi saya jika sekalipun tiada jaminan kerja dari Petronas sijil Instep ini adalah LEBIH BERHARGA DARI DEGREE yang dimana anda terpaksa belajar selama 3 tahun lagi. Jika tiada sijil ini anda memerlukan Pengalaman Selama 5-10 TAHUN untuk menceburi bidang oil and gas ini..
Halangan Pertama yang perlu anda hadapi ialah IQ test dimana anda perlu mengunakan masa yang sebaik mungkin untuk menjawab 100 soalan dalam masa 45 minit. sempat ke?? kalau rujuk penjaga dewan dia kata sempat JIKA anda manage masa sebaik mungkin tapi saya hanya dapat siapkan 80 soalan sahaja. Fikirkan
Antara 100 soalan yang akan ditanya dan akan Anda hadapi
- English grammar
- Math
- Fizik
- Bahagian teknikal
- Mengenal pasti Reka Bentuk
- Cara-cara Pengendalian Alat Pemadam Api
*TIADA PENGUNAAN KALKULATOR MAHUPUN TELEFON
Soalan Grammar english anda haruslah kuat sebelum menghadapi ujian ini. ada antara soalan tukar ayat dan ada soalan yang sama maksud. bak kata mudah hanya English tingkatan 3.. Tapi ramai yang terbabas..
Soalan Math anda perlu mengenalpasti nilai manakah yang terbesar atau nilai terkecil atau kedua2nya adalah sama. contohnya 8x2 dan 8(X)2 yang manakah paling besar. hanya sepintas lalu.. tiada masa untuk pengiraan.. anda hanya ada 45 minit sahaja..
Soalan mengenal pasti Reka Bentuk.. cuma perlu tajamkan penglihatan anda.. rupa ini sama atau tidak. Bulat mestilah sama dengan Bulat. takan bulat sama dengan Petak bentuknya.??
Soalan pemadam api. kenal pasti jenis2 pemadam api. dan kegunaanya.. ada artikel disitu baca dan pilih jawapan. dan ada juga soalan tentang mekanikal.. dah ada artikel di situ Mohon baca dengan TENANG..
Soalan Fizik?? soalan yang berkaitan dengan daya.. mcm inersia dan pulley.. pahamkan soalan dan jawab. inshaa allah boleh..
*SOALAN MUNGKIN BERUBAH-UBAH BERGANTUNG PADA PIHAK INSTEP
Selepas habis test anda akan diberi bilik untuk temuduga dan akan menjalani ujian rabun warna.. terdapat 2 orang panel atau 3 orang panel antaranya Engineer dan ada juga wakil dari instep.. wajib 5 minit ENGLISH atau FULLY ENGLISH.. so selamat Berjaya.. anda mungkin akan diberi artikel mengenai sesuatu baca dan translet artikel tersebut..
Apa yang akan Panel Tanya??
- Mengenai Kerja Anda sekarang jika anda Masih berkerja
- Mengenai latihan industri anda
- Mengenai isu2 semasa
- Mengenai diri anda.
Anda juga akan diberi Pilihan untuk memilih jenis jurusan yang bakal anda ceburi. seperti Mekanikal, Elebtrical, Lab, Proses, Production dan Instrument. so harus paham setiap bidang.. kemungkinan akan ditanya mengapa anda Memilih Jurusan Terbabit..
Sekadar disini Perkongsian saya. Selebihnya usaha ialah ditangan ANDA.. jika gagal kali ini tak bermakna anda gagal buat selamanya. kegagalan adalah kunci untuk kejayaan.. SELAMAT BERJAYA..
20 ulasan:
saya lepasan diploma mekanikal politeknik johor bahru, pointer 3.5 dan pelajar tajaan jpa. saya nak mintak pendapat tentang pilihan mana lagi bagus, join INSTEP atau smbung degree??
ko sambung jer balaja .... amek degree .... pointer ko bagoss ....
Instep adalah salah satu cabang untuk menyertai Oil and Gas TAPI jika pointer dah bagus pilihlah degree sebab yg boleh aq bagi more better untuk masa depa hg.
Assalamualaikum.... Yuran semasa belajar berapa yer?
Lepas tu, sijil ni kalau nak kerja kat plantar minyak tu boleh ke?
bro bawak ape ek mse interview tu...diploma punye sijil sume kene ke
kenapa perlu ambik degree??
gaji lagi tinggi ke?
diploma pointer tinggi tak semestinya degree pointer tinggi..
sbb aku ada member diploma pointer 3.0 ke atas...degree pointernya hanya 2.0 ke atas..
lepas degree, kerja hanya 1.5k..
kerja hampir 5 tahun, sekarang baru 2.5k gajinya..
sy punya diploma pun 3.0 ke atas..ye, memang sy nak sambung degree,, tapi sy plan nak keje dulu..degree nak buat sambilan je..
ok ke?
hafizin halim- Sijil hg bawak je semua yg hg ada tu bro.. xdahal x rugi pun..
ausoth- Yuran? aq tak pasti pulak la. tapi rasanya hg akan ditaja oleh petronas sekitar 60K, dan diberi Elaun atau company2 oil and gas lain mcm petron, shell dll la taja.. kalau company taja tu mmg tinggi la peluang hg nk kerja dgn company tu. naik pelantar? kalau hg production mmg kna naik pelantar. kalau mekanikal, elektrikal, kimia kt onshore ja. tngk la cos apa yg hg minta. sijil nie market untuk join o&g mmg tinggi.
Darien- hg kalau dah nk ambil degree kalau main2 mmg tak la tinggi pointer tu.. hehe.. bro rezeki jugak bro. tech oil and gas gaji mmg lebat tapi hg nk tadah kerja teruk tiap hari la.. sbb membe aq ada kt pelantar sorang.. cabaran jugak katanya. degree batter sbb change nk berjaya lg cepat la bg aku. tp ada ja member aku ada degree xda kerja. ikot rezeki la bro.. ko usaha ko dpt..
Assalamualaikum bro. Kalau lepasan dgree bole masuk instep x?
Salam.. Saya salah seorang student lepasan instep dan telahpun bekerja dengan petronas cari gali.. Apa yg saya bole jawab utk soalan saudara.. Instep tidak mengambil student lepasan degree untuk program ptp1...
mohon pencerahan.. kalau calon simpanan ni ade chance x msok instep? aku calon simpanan sesi julai 2015.. setahu aku,member lain aku pon dpt calon simpanan..semua jumlah dlm 6 org..yang aku tau lh...aizat..sape2..mtk tlg dlu ni..
Semua kos pengajian ditaja ke??
Orang dh kahwin boleh join instep x?
Assalamualaikum....mmng ada exam sprti yg dinyamtakan kt ats kew...cm exam BI,math...n pngambilan instep nih...brpa kali sthun
Assalamualaikum....mmng ada exam sprti yg dinyamtakan kt ats kew...cm exam BI,math...n pngambilan instep nih...brpa kali sthun
Instep ambil ke tak pelajr lepasan stpm
Macam mana kalau prempuan nak msuk instep ni? sy brminat nak cuba menceburi .. tapi sy dri aliran vokasional . dh lari dri bdang kejuruteraan. hmm
macam mana klau sy perempuan nk msuk instep? boleh ke .. sy dri aliran vokasional . tapi lari dri bdng kejuruteraan ..sy nak ceburi bdang oil n gas ni
Mau tnya cth lh sya skrng ni ambik diploma kjurutraan proses ptrokimia . Nk msuk instep tu kira mcm degree lh kn ?
Catat Ulasan