Assalamualaikum
Saya merupakan bekas pelajar POLITEKNIK.. saya dan beberapa orang rakan saya mendapati bahawa KEBOLEHPASARAN pelajar Politeknik dalam sektor pekerjaan mahupun menyambung pelajaran amatlah rendah.. kerana dikatakan nilai pointer pelajar politeknik tidak dapat bersaing dengan pelajar matrik mahupun stpm.. kadar pointer budak matrik 2.0 dikatakan sudah layak masuk ke universiti sedangkan kami pelajar POLITEKNIK yang mempunyai pointer 3.0ke atas tidak dapat menyambung pelajaran.. (Rujuk Akhbar hanya 2000-3000 saja berjaya berbanding 12ribu permohonan)
apa yang saya perhatikan pandangan awal saya terhadap politeknik ialah apabila masuk politeknik kami pelajar yang SEDERHANA dapat mempunyai SKILL yang tinggi untuk menempatkan kami dalam sektor pekerjaan.. tetapi MALANG nya apabila keluar nilai atau skill kami sekadar 10% disebabkan banyak mesin2 yang rosak ataupun pensyarah yang tidak dapat mengendalikan.. oleh itu hasil tangan atau skill kami tidaklah tinggi.. pernah satu ketika di bengkel Kimpalan yang dikendalikan oleh seorang pensyarah yg mana pensyarah tersebut hanya menyatakan arahan tanpa memberi tunjuk ajar cara mengendalikan dengan betul kimpalan tersebut.. jadi apakah hasil yang kami dapat?? dan semasa mengendalikan mesin larik hanya terdapat SATU mata alat untuk membuat bunga skru.. apakah kami yang harus menerima akibat dari kesalahan pelajar yang lalu??
kekurangan kemahiran membuatkan market kami dalam sektor pekerjaan menurun MALAHAN turut dikalahkan oleh pelajar "ILP dan IKBN" kerana mereka mempunyai skill sehingga SIJIL KEMAHIRAN TAHAP 3..
Niat saya bukan nk kondem pembelajaran di POLITEKNIK tetapi bayangkan pelajar ILP yang mempunyai SIJIL KEMAHIRAN TAHAP 3 lebih mampu berdiri megah sedangkan kami memiliki DIPLOMA masih terkinja-kinja mencari laluan masa depan..
jika dilihat pada Kadar Pelajar Yang masuk POLITEKNIK.. keputusan SPM kami hanya sekitar sederhana dan tidak dapat menempatkan diri di Universiti.. so POLITEKNIK pilihan kami disebabkan diWARWARkan satu ketika dahulu politeknik dapat mengeluarkan tenaga mahir atau mempunyai Kepakaran bkn hanya berpandukan ILMIAH semata-mata seperti di Universiti..
Bandingkan dengan POLITEKNIK di singapura mereka dipandang tinggi oleh Pelajar2 Universiti kerana mempunyai Kepakaran berbanding Pelajar Universiti yang hanya mahir ilmiah.. dan market atau keboleh pasaran mereka agak Tinggi..
so tanggapan pertama saya bahawa politeknik dapat melahirkan tenaga mahir adalah salah.. mungkin kwn2 saya pun berfikiran seperti saya.. Tetapi malangnya apa yang kami dapat hanyalah teori semata-mata..
Amat saya tekankan di sini KEMAHIRAN amat penting kerana kilang di Malaysia menitikberatkan kemahiran yang ada pada setiap calon pekerjaan.. sijil diploma POLITEKNIK jika dibandingkan dengan sijil KEMAHIRAN.. lebih BERNILAI sijil Kemahiran ILP..
KENAPA SAYA TEKANKAN DISINI ILP LEBIH BAGUS DARI POLITEKNIK? KERANA PELAJAR DI ILP MAMPU BERSAING SEHINGGA KE KEJOHANAN BERTARAF DUNIA seperti WORLD SKILL kerana mempunyai KEMAHIRAN yang TINGGI berbanding kami warga POLITEKNIK.
Jika Sekalipun POLITEKNIK ingin Bertukar Pada Taraf UNIVERSITI janganlah Ditinggalkan KEMAHIRAN kerana amat penting.. mengapa perlu menambahkan pelajar yang mahir ilmiah.. lebih baik tambahkan tenaga Pakar yang boleh buat kerja tangan kerana kami ini pelajar ratenya sederhana BUKAN semuanya bijak pandai Ilmiah..
BERFIKIRLAH SECARA MATANG DAN HARAP APA YANG SAYA DAN KAWAN SY KONGSIKAN DI SINI DAPAT MEMBANTU PIHAK POLITEKNIK MENAMBAHBAIKAN 'SISTEM PELAJARAN' DI POLITEKNIK.. DAN DIHARAP PELAJAR POLITEKNIK AKAN LEBIH MEMPUNYAI KEPAKARAN SETERUSNYA MENDAPAT TEMPAT DI SEKTOR PEKERJAAN.. TOLONGLAH BUKA MATA.. KERANA LALUAN KAMI PARA PELAJAR POLITEKNIK MASIH BERLIKU..
PANDANGAN KAMI INI ADALAH DISEBABKAN KAMI TIDAK MAHU PELAJAR POLITEKNIK YANG MASIH BELAJAR MENERIMA NASIB SEPERTI KAMI...
TERIMA KASIH.
RENUNG-RENUNGKANLAH..
4 ulasan:
betul 2.. mmg susah nak dpt u wlupun pointer 3 keatas... aq sokong ko...
hahaha.. tau xpa..
Btol ke tk dapat pkerjaan lpas abis bljar politeknik..tlng bg pndpat. Plesss
Catat Ulasan