Khamis, 9 Mei 2013

Ideologi Politik Yang Berbeza


Apakah dengan Kepartian itu Menyatukan kalian?? Tidak Cukupkah Islam itu kalian semua Bersaudara??

Assalamualaikum

Berakhir sudah pertempuran bagi Pilihan Raya Umum yang ke 13 tahun ini.. pasti banyak cerita yang enak didengar dan pasti ada kekurangannya.. sy tertarik untuk berbicara tentang politik zaman kini.. bukan untuk memburukkan tapi sama-sama kita berfikir bagi memperbaiki segala kekurangan dan membina segala kelebihan.



Politik cara Islam.. sy memperakui bahawa terdapat parti politik di Malaysia yang inginkan islam didaulatkan di Malaysia.. melaksanakan hukum hudud dan menegakkan syariat islam.. walaubagaimanapun apa yang sy kesalkan cara penyokong parti terbabit seolah2 menghalalkan apa yang haram.. terdapat di ‘sesetengah’ tempat yang saya hadiri tidak lari dari cacian dan makian.. adakah ini cara islam yang kita inginkan??

Teringat kembali di kawasan sy pada Pilihan Raya Kecil yang lepas.. Bagaimana Makcik parti A dimaki oleh pakcik parti B.. sedangkan pakcik parti B menyokong perjuangan islam.. malah terdapat di sebelahnya seorang hamba yang melaungkan sesuatu dlm bahasa arab.. dan ada segelintir penyokongnya hanya meng’halal’kan perbuatan tersebut dengan ketawa..

Kembali Memori Pada tahun 2004 dimana Calon parti A seorang ustaz yang mengimamkan Solat Jumaat.. ada sesetengah penyokong parti B sanggup menunaikan solat zuhur di Belakang Iman sedangkan waktu tu yang lainnya menunaikan Solat Jumaat. Malah sejurus kalahnya imam tersebut poster mukanya ditampal pada nisan perkuburan cina.. adakah ini cara Islam??

Ya saya paham anda ingin Islam didaulatkan di Malaysia tapi Betulkah cara dan perbuatan anda?? adakah harus melawan kejahilan dengan menzahirkan kejahilan?? Akhlak yang baik akan menjadi ikutan dan tauladan.. manakala akhlak yang jahat akan terus menyemai kejahatan.. orang menilai kita dengan perbuatan dan tingkah laku kita.. jika mereka tidak mengundi kita.. jangan pula kita salahkan mereka..
Dalam kita menghormati Para Ulama dan Umarak jangan pula kita menghina Ulama yang tak menyokong Perjuangan Kita.. bukan kerana dasar islam kita mungkin kerana dasar perbuatan kita.. setiap manusia tak lari dari melakukan kesilapan..

Kekesalan sy lahir apabila ulama seperti TG Nik aziz, TG Hadi Awang dihina oleh Penyokong Parti A manakala Ustaz Kazim Elias, Tuan mufti Harun sani pula dihina oleh Parti B.. apa salahnya jika perbuatan yang salah ditegur dan kita terima kesilapan untuk perbaiki segala kekurangan..

Bukan sy ingin mempertikai parti A memperjuangkan Islam Cuma mungkin beberapa perbuatan yang menghalang Parti A dari Kemenangan.. Semoga Islam Teguh di Hati Kita Semua..

Teladani lah bagaimana cara Rasulullah s.a.w dalam menyemai cinta akan Islam.. Bagaimana sehingga kini Islam menjadi ikutan dan diteladani malah disenangi oleh musuh..

Sy juga terdengar cerita dari rakan2 dimana wakil pemuda dari Parti A menjanjikan kejahilan pada anak Muda.. amatlah sy keji dan hina perbuatan tersebut.. wakil tersebut ada kata jika parti nie kalah Disco ditutup mana seronok.. MEMALUKAN.. jika inilah yang diperjuangan kan.. bagi saya perjuangan ada tidak akan bertahan lama.. dan akan tumbang satu hari nanti..

Di sesetengan Tempat juga tak lari dari Politik wang. Dulu kawasan sy pun ada yang menghulur duit palsu untuk memburukkan parti tersebut.. tapi benda nie juga terjadi.. asal pasang bendera sikit hulur duit, konvoi sikit hulur duit, sana duit sini duit.. RAKYAT TAK MUDAH DIBELI DENGAN DUIT.. rakyat sekarang pun dah pandai menilai baik dan buruk..

Balik ja haritu ada ternampak Banner tertulis ‘BAGI DUIT AMBIL, UNDI JANGAN.. Fikir lah adakah ini perbuatan yang betul?? Contoh la Parti A bagi duit musim pilihanraya.. Parti B kata Rasuah.. tapi alih2 parti B kata ambil duit tu tapi jangan undi.. adakah ini benda yang betul?? Ia umpama KITA TENAMPAK KEBENARAN, TAPI KITA PILIH KEMUNGKARAN.. kita tau benda tu haram tapi kita ambil juga..

Okey mungkin banyak lagi cerita yang ingin saya kongsikan.. tapi cukuplah sekadar disini.. Bukan saya ingin Memburuk-burukkan.. Cuma niat hati memperbetul apa yang rasa kurang.. saya Cuma insan yang lemah dan tak lari dari membuat kesilapan.. oleh itu jika anda rasa saya salah dan Parti yang anda sokong Betul.. Terserahlah pada anda menentukan..



Saya kongsikan sedikit Pandangan Barat Tentang sistem Politik yang dibawa Rasulullah s.a.w yang saya petik dari satu Blog rakan.. Jika Pihak Barat Memuji Kepimpinan Rasulullah s.a.w kenapa ia tidak menjadi Ikutan Kita Zaman Ini..

Pandangan Orientalis Barat tentang Politik Islam

1.   Dr. V. Fitzgerald berkata : "Islam bukanlah semata agama (a religion), namun ia juga merupakan sebuah sistem politik (a political system). Meskipun pada dekad-dekad terakhir ada beberapa kalangan dari umat Islam, yang mendakwa diri mereka sebagai kalangan 'modernis', yang berusaha memisahkan kedua sisi itu, namun seluruh gagasan pemikiran Islam dibangun di atas fundamental bahawa kedua sisi itu saling bergandingan dengan selaras, yang tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain".


2.   Prof. C. A. Nallino berkata : "Muhammad telah membangun dalam waktu bersamaan: agama (a religion) dan negara (a state). Dan batas-batas wilayah negara yang ia bangun itu terus terjaga sepanjang hayatnya".

3.   Dr. Schacht berkata : " Islam lebih dari sekadar agama, ia juga mencerminkan teori-teori perundangan dan politik. Dalam ungkapan yang lebih sederhana, ia merupakan sistem peradaban yang lengkap, yang mencakup agama dan negara secara bersamaan".

4.   Prof. R. Strothmann berkata : "Islam adalah suatu fenomena agama dan politik. Kerana pembangunnya adalah seorang Nabi, yang juga seorang politik yang bijaksana, atau "negarawan".

5.   Prof D.B. Macdonald berkata : "Di sini (di Madinah) dibangun negara Islam yang pertama, dan diletakkan prinsip-prinsip utama dalam undang-undang Islam".

6.   Sir. T. Arnold berkata : " Adalah Nabi, pada waktu yang sama, seorang ketua agama dan ketua negara".

7.   Prof. Gibb berkata : "Dengan demikian, jelaslah bahawa Islam bukanlah sekadar kepercayaan agama individual, namun ia meniscayakan berdirinya suatu bangun masyarakat yang bebas. Ia mempunyai cara tersendiri dalam sistem pemerintahan, perundangan dan institusi".


‘JIKA KEJAHATAN DIBALAS KEJAHATAN,
ITU ADALAH DENDAM,
JIKA KEBAIKAN DIBALAS KEBAIKAN,
ITU PERKARA BIASA.
JIKA KEBAIKAN DIBALAS KEJAHATAN,
ITU ADALAH ZALIM.
TETAPI JIKA KEJAHATAN DIBALAS KEBAIKAN,
ITU ADALAH MULIA DAN TERPUJI.


Tiada ulasan: