Assalamualaikum w.b.t
Saya tertarik dengan artikel yang ditulis di FB Ibnu Batoota owsem.. Jika kita ingin melawan kejahatan haruslah dengan kebaikkan.. Mana Mungkin melawan Kejahatan dengan Kejahatan.. RENUNG2KANLAH.. Nabi tak Ajar Kita Bila berpolitik bermusuhan, Mengumpat, Memaki, mengutuk dan seangkatan.. Renungkanlah Di mana silap kita.. kenapa doa kita tak dimakbulkan..
Perkongsian yang menarik.. Selamat Membaca..
Saya tertarik dengan artikel yang ditulis di FB Ibnu Batoota owsem.. Jika kita ingin melawan kejahatan haruslah dengan kebaikkan.. Mana Mungkin melawan Kejahatan dengan Kejahatan.. RENUNG2KANLAH.. Nabi tak Ajar Kita Bila berpolitik bermusuhan, Mengumpat, Memaki, mengutuk dan seangkatan.. Renungkanlah Di mana silap kita.. kenapa doa kita tak dimakbulkan..
Perkongsian yang menarik.. Selamat Membaca..
Perkongsian yang menarik.. Selamat Membaca..
Wahai kaum muslimin...
Sesungguhnya kalian dan aku berada di era dajjal,era yang semua 124000 nabi beri amaran tentang betapa bahayanya fitnah dan tipu daya pada era ini sehingga yang batil kelihatan cantik dan suci dan sebaliknya...
Apa yang aku buat pada malam ini semata2 eksperimen untuk tunjukkan betapa kotornya najis dajjal yang dibawa kaum yahudi nasrani di dalam siyasah(politik) tanah melayu dan seluruh dunia selepas perang dunia....
Politik itu sememangnya sebahagian daripada agama dan ajaran rasulullah..
Tetapi wallahi aku bersumpah dengan zat yang memegang nyawaku,politik yahudi berparti berpuak caci mencaci demokrasi undi mengundi ni semua tak pernah diajar nabi...
Bunuh lah aku jika aku berkata dusta...
Kita sekarang bergelumang di dalam najis yang "penganut agama politik" anggap suci bahkan mengkafirkan orang yang "tidak mahu bercakap tentang politik yahudi" atas alasan "nabi juga berpolitik"...
Umpama kita berkata "aku tak mahu sembahyang cara hindu" kemudian para "agamawan" meroyan:
"heiii perosak agama!berani kau menolak sembahyang!sembahyang itu kan sebahagian dari islaaaam..nabi juga sembahyangggg..bodoh!tak nak belajar!"
Cukup..jangan zahirkan lagi aib yang allah dah tutup tu...
Kalian sendiri nampak,bila aku bicara tentang islam,wall ku penuh keamanan kerana islam itu menyatukan..
Tapi bila ku bicara sedikiiiiit bau bau kentut politik yahudi..hancur lebur,berpecah belah,caci maki di sana sini,yang kawan jadi lawan,yang suci tiba2 datang bulan....
Jadi ini lah sebabnya aku cuma berbicara tentang islam..
Tentang akidah,tentang fiqh,tentang cinta kepada rasulullah persis seperti yang dilakukan para ulama habaib cucu cicit baginda nabi saw..kerana ia menyatukan kita semua....
Kita tak dapat nafikan kita terjerat amat dalam di dalam loji najis politik demokrasi caci mencaci undi mengundi ajaran yahudi ni...jadi undi mengundi tu,tak boleh dielak lagi..
Tapi tak boleh ke kita berpolitik yahudi cara sihat?
Cuba kalau kita saling berkasih sayang,tanpa memaki mana2 pihak,tanpa aibkan mana2 pihak,tanpa menganjingkan memacaikan mana2 pihak,tanpa mempornokan mana2 pihak...
kita bersatu semuanya atas nama islam..
Kemudian 5 tahun sekali,kita buanglah undi dengan penuh senyuman...Berdosa ke berpolitik cara halal macam tu?
Ke memang nabi ajar dalam kitab2 "politik" yang bila berpolitik mesti wajib bermusuh,mengumpat,memaki,meng
Silakan bawa dalil. aku pun nak beramal jugak.
Merata aku carik,tak jumpa2 jugak dalil yang menghalalkannya.. yang aku jumpa hadis2 ni je:
1) Dalam satu hadis sahih, Hazrat Abu Hurairah r.a berkata,bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila umatku membesar-besarkan dunia maka akan dicabut daripada mereka kehebatan Islam dan apabila mereka meninggalkan amar maaruf dan nahi anil mungkar maka mereka akan kehilangan keberkatan wahyu dan apabila mereka caci mencaci antara satu sama lain mereka akan gugur daripada pandangan Allah swt. (Riwayat Hakim dan Tirmidzi).
2) Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a
katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Mencaci dan memaki
orang-orang Islam adalah fasik dan memerangi mereka
adalah kafir.
3) “Wahai Manusia! Sesungguhnya Allah azza wajalla berfirman:Suruhlah kepada perkara makruf dan cegahlah kepada perkara mungkar,sebelum berlaku sesuatu keadaan apabila kamu berdoa kepada-Ku, Aku tidak kabulkan doa kamu. Kamu memohon sesuatu kepada-Ku, Aku tidak tunaikan dan jika kamu memohon pertolongan kepada-Ku, maka Aku tidak memberi pertolongan kepada kamu”. (Riwayat al-Baihaqi)
Note: harap2 semua dah faham sekarang kenapa doa orang malaysia yang dizalimi tak makbul2.. Sebab kedua2 pihak sama zalim!
Kredit:Ibnu Batoota Owsem
BUKA MINDA TERIMA HAKIKAT PERBAIKI KEKURANGAN.
Sekian..
BUKA MINDA TERIMA HAKIKAT PERBAIKI KEKURANGAN.
Sekian..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan