Jumaat, 15 Mac 2013

Pray 4 Sabah


Assalamualaikum

Ya Allah Selamatkanlah Pejuang-Pejuang Kami

Sudah hampir beberapa minggu Malaysia dikejutan dengan serangan yg dilakukan oleh Sultan Sulu yang dikatakan mempunyai hak keatas negeri Sabah.. alangkah menyayat hati melihat hampir setiap hari berita kematian anggota keselamatan negara yang berjuang menentang pencerobohan.. semoga kemenangan milik Pejuang kita..

Adakah Sabah Milik Sulu??

Sejarah telah membuktikan Kesultanan sulu pernah memerintah Sabah.. Walaubagaimanapun Pada tahun 1878 kesultanan sulu telah pun memajak Sabah kepada syarikat Borneo Utara British (SBUB) dan akhirnya menyerahkannya kepada British  

Konsep penyerahan Sabah adakah mirip seperti penyerahan Pulau Pinang oleh Kesultanan Kedah kepada Francis Light , penyerahan Sarawak Kepada Raja Brooke dan penyerahan Singapura oleh Sultan Johor kepada British.. akan tetapi Negeri2 tersebut diserahkan dan bersetuju untuk Merdeka di bawah panji Malaysia..

Jadi adakah Sabah masih lagi Dibawah naungan kerajaan Sulu setelah hampir 55 tahun merdeka dibawah kerajaan Malaysia?? 

Filipina Indonesia Inginkan Sabah

Jika pelawaan Filipina untuk membantu Malaysia memerangi pemberontak sulu di sabah diterima oleh Malaysia ia seolah merupakan duri dalam daging kerana sebelum ini Kerajaan Filipina pun pernah menyatakan bahawa Sabah merupakan miliknya.. tetapi menurut satu kajian yang dilakukan jelas hampir 100% rakyat sabah menolak sabah berada dibawah naungan Filipina..

Manakala Indonesia juga pernah memerangi Malaysia untuk mendapatkan Sabah dan Sarawak dibawah pemerintahan Presiden Sukarno kerana tidak bersetuju dua negeri ini bersatu sebagai satu negara Malaysia.. malahan tercetusnya Konfrontasi Indonesia - Malaysia.. seterusnya terjadilah indeologi Ganyang Malaysia pada tahun 1963.. akhirnya situasi ini kembali tenang setelah rampasan kuasa dilakukan oleh presiden soeharto pada tahun 1965..

Adapun perbagai peristiwa berlaku Sabah dan Sarawak adalah dibawah satu Panji Negara Malaysia yang berdaulat.. 


Terima Kasih Kerana sudi membaca :)

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sama sama kita doakan....