Selasa, 11 Disember 2012

Selamanya Harimau Malaya





Assalamualaikum w.b.t.

Komplot AFF Pemain 12 diteruskan lagi dengan Perlawanan antara Malaysia Dan Indonesia yang dimenangi oleh Malaysia dengan kelebihan 2-0 jaringan mahali dan wan zack. Hampir penuh stadium antara sekitar 85K hingga 90K yang hadir memberikan sorakan kepada skuad Malaysia tak kiralah dari Ultras Malaya hingga lah Penyokong biasa.. Masing-masing dengan cara sendiri.. tiada lagi chant ‘Anjing’ Digunakan setelah mendapat beberapa teguran terutamanya dari Astro Awani dan kalangan penyokong di FB..


Sebenarnya bagi aku Chant tu dh lama digunakan pun dan kenapa sekarang bila kalah baru jadikan isu.. sebelum nie Malaysia menentang singapura chant tu pun digunakan.. bila Malaysia menang dengan jaringan 2-0 tiada pula isu ini dimainkan.. bagi aku pun benda nie mmg berkaitan dengan moral sikit.. tapi kalau nk ingatkan balik singapura bukan nya sebuah Negara yang baik.. kalau kita benci Israel yang menganas di Palestine.. singapura pun tidak jauh dari kebencian kita..

Hal ini kerana singapura juga diibaratkan oleh ‘aku’ sebagai Israel kecil yang kita tak Nampak.. dimana silapnya?? Tahukah hampa yang Singapura sebenarnya membeli senjata2 dari Israel dan semasa Lim Kuan Yew mentadbir singapura.. beliau penah meminta tolong Israel dalam persiapan angota tentera Singapura..  boleh buka balik blog2 dan sebagainya.. dan kalau kalian nk tahu.. semasa Palestine diistiharkan oleh PBB sebuah Negara Singapura mengambil sikap berkecuali.. Kenapa?? Renungkanlah kembali..

Oleh sebab sikap kesukanan yang tinggi agak berpatutan juga jika chant ‘anjing’ itu tidak digunakan lagi bagi menghormati rakyat2 negara  yang lain kerana kita merupakan jiran serantau.. dan Malaysia merupakan sebuah Negara yang dihormati, jadi boleh la kita perbaiki apa yang patut.. mungkin ada takdir yang kita kalah malam tu.. akhirnya merubah kita kepada masyarakat yang lebih matang.. apa pun tahniah Ultras Malaya yang bertindak membetulkan keadaan..

Sebelum aku menutup cerita nie.. aku harap sangat Ultras Malaya dapat memperbetulkan serba sedikit tindak tanduk yang boleh mencemarkan reputasi dan Nama Ultras.. Tak perlulah aku nk bagitahu kat sini.. pandai la kamu menilai dengan apa yang terjadi di belakang Stage tempoh hari semasa hari pertama perlawanan AFF.. Semoga Kita dapat Berubah Insha Allah..


SELAMANYA HARIMAU MALAYA

Tiada ulasan: