Rabu, 12 September 2012

Komplot Nekad Kisah Seorang Pejuang

Assalamualaikum



Komplot Nekad Away Pulau Pinang ke Shah Alam

Kami Bergerak dari Pulau Pinang sekitar jam 1 pagi dan sampai ke Sungai Buluh pada jam 4 pagi gara-gara tayar kereta yang bocor akibat terkena serpihan besi dari sebuah lori trailer yang terbalik 4 kilometer sebelum sampai Restoran jejantas sungai buluh.. kemalangan tersebut berlaku dalam lingkungan 5 minit sebelum kami sampai di tempat kejadian.. kerana terdapat kesan yang baru.. sebelum sebuah kereta yang berada di hadapan kami berhenti dan menelefon pihak yang berkaitan..

Perjalanan terhenti 2 kilometer sebelum restoran jejantas sungai buloh.. dan terpaksa menukar tayar disamping terpaksa menempuh bahaya akibat lori-lori dan bas yang laju.. selesai ja tukar tayar kami berehat di RnR sungai buluh untuk mandi dan melesapkan mata akibat letih menempuh perjalanan..

perjalanan diteruskan sekitar jam 10 pagi.. pusing2 kuala lumpur sebelum masuk ke kawasan shah alam.. sampai stadium shah alam dalam lingkungan 4 petang untuk membeli tiket.. sebelum singah di masjid shah alam utuk mandi dan solat..

Cerita Di Stadium


Hujan lebat sekitar jam 7.30 malam sebelum berhenti jam 8 malam.. wisel ditiupkan menandakan perlawanan telah bermula.. dan tiba2 FAM menghantar sepasukan Polis dan Staf nya untuk meRAMPAS banner "SAVE ROHINGYA".. siap minta ampun lagi.. apasal banner keamanan tak boleh bawa masuk?? adakah satu kesalaham.. anda mungkin ingin menjaga hubungan diplomatik.. tetapi kami mementingkan persaudaraan ISLAM!. apa FAM nie kata 'Bangsat' marah..


Pakcik nie la yang datang dengan slumber then minta ampun dan gunting banner "SAVE ROHINGYA" tu.. sori la noh aku hijaukan muka dia.. saja jaga maruah dia.. sbb dia hanya seorang perkerja.. BOSS dia yang patut diajar!!..

Perlawanan Berakhir dengan kekalahan pasukan Malaysia kepada Vietnam dengan jaringan 2-0.. apa boleh buat tak ada rezeki kan.. asyik nk menang ja tak boleh la.. Rajagopal kenal pemain dia.. hehe.. korang sibuk pulak.. 'PANDAI PI MAIN'.. Lalalala..


Kalau Banner "SAVE Rohingya" dirampas kami masih ada Bendera Palestine la.. nak mai rampas.. penampaq sedaih mau?? haha.. "SAVE PALESTINE"!!.. Kamu boleh rampas sebanyak mana yang kamu suka.. sebab kami takkan pernah berhenti untuk buat yang baru.. 1 kamu rampas 10 yang baru muncul!!


Paham tak tulisan jawi kat atas tulis apa?? guna la google translet noh.. haha.. PRESIDEN FAM SILA LETAK JAWATAN!

Semangat seorang Ultras Takkan Pernah Padam sekalipun kemenagan jauh dari kami.. kerana apa? Kerana jiwa kami dan kudrat kami telah kami serahkan untuk Negara Yang Tercinta MALAYSIA..

Tiada ulasan: