Assalamualaikum
Terlebih dahulu sy ingin memohon maaf jika tajuk yang saya paparkan menguris hati sebilangan kecil rakyat yang sayangkan sebuah negara bernama Malaysia.
Umum mengetahui nama "Banglasia" ini wujud selepas PRU ke 13 dimana Pilihanraya tersebut dicemari dengan 40 000 kedatangan bangla yang dikatakan mengundi di Malaysia. Natijahnya sy tidak dapat lihat bukti bahawa kenyataan itu adalah benar. Secara rasionalnya 40 000 tidak dapat mendatangkan kesan walaupun hanya di sesetengah tempat. tapi perkiraan orang politik lebih tepat jadi sy abaikan.
Umum mengetahui nama "Banglasia" ini wujud selepas PRU ke 13 dimana Pilihanraya tersebut dicemari dengan 40 000 kedatangan bangla yang dikatakan mengundi di Malaysia. Natijahnya sy tidak dapat lihat bukti bahawa kenyataan itu adalah benar. Secara rasionalnya 40 000 tidak dapat mendatangkan kesan walaupun hanya di sesetengah tempat. tapi perkiraan orang politik lebih tepat jadi sy abaikan.
Mungkin sy hadir dari jutaan rakyat malaysia yang amat kecewa bila nama Malaysia dihina buat berkali-kali setelah pengibaran bendera Sang Saka Malaya dan kini nama tersebut ditukar kepada "Banglasia". Mungkin bangsa kita melayu tidak menyedari kehadiran imigran ke negara kita akibat sifat dan sikap kita sendiri. selepas penjajahan oleh inggeris bangsa yang mula dibawa ke Tanah Melayu ialah Cina dan India dimana india ditempatkan di estet2 bagi menguruskan ladang dan cina ditempatkan di lombong2 bijih timah.
selepas berdekad-dekad lamanya kedua-dua bangsa ini diterima sebagai penduduk tetap di Tanah Melayu. Tahun demi tahun cabarannya lebih getir akibat lambakkan buruh dari Indonesia, Myanmar, Nepal dan lain lagi.
sikap orang melayu tidak juga berubah sedangkan peredaran masa sering berubah dengan sikap malasnya, sikap lekanya, mungkin berguna juga cerita-cerita teladan dahulu kala seperti pak kaduk, lebai malang, pak pandir semuanya dikaitkan dengan bangsa melayu.
saya ambil contoh sewaktu berkerja di kilang samsung di senawang dulu. ratanya yang berkerja ialah orang melayu tetapi akibat sikap melayu yang dikatakan 'Malas' maka imigran terpaksa dibawa masuk. Apa masalah bangsa kita??. bila datang kerja lewat, bila gaji lesap, bila kerja berat tak suka. ulaslah banyak lagi. jadi kilang tersebut membawa masuk nepal yang boleh berkerja 30 hari sebulan selama 12 jam sehari. masalah kilang selesai tetapi masalah bangsa kita??
Ada juga yang cuba berkerja sendiri sebagai contoh membuat rumah yang kini lebih dipelopori oleh orang indonesia. Bila kita nak mengharapkan bangsa kita bekerja duit diberi rumah tak jadi, ada juga yang x sanggup berpanas mcm warga asing maka kudrat bangsa asing menjadi keutamaan.
Bayangkan bila saya berkerja di kilang besi dulu ratanya pekerja Nepal dan orang kita hanya sikit-sikit dan admin pula dari kaum cina.. tak ramai yang sanggup berkerja susah apabila orang melayu tak sanggup kerja bangsa asing akan di ambil sedangkan syarat yang telah dikenakan oleh kerajaan malaysia dilanggar atas alasan orang melayu tak sanggup kerja.
Lambakkan bangsa asing di Malaysia perlu dihadkan oleh pihak kerajaan dan kesempatan tersebut perlulah digunakan oleh bangsa kita untuk maju dan berjaya. buanglah sifat yang suka mengeluh. bila bangsa asing ramai kita mengeluh takda kerja, bila ada kerja kita mengeluh kerja susah, kerja penat dan lain lagi.
Jadi tak hairanlah bertambahnya jumlah imigran akibat dari kita sendiri. kadang kala terpikir kenapa perlu mengemis demi sesuap nasi sedangkan pancaindera yang dikurniakan kepada kita lengkap sempurna. dalam islam pun tidak mengajar kita untuk mengemis jadi solution yang terbaik adalah mencari kerja. hilangkan mentaliti mengemis itu mudah berkerja itu susah tapi berfikir sampai bila nak mengemis dan nak mengharapkan belas kasihan orang??
sedarlah kenapa nak menghina negara sendiri atas kesilapan yang tak pernah dikesali. bukan cuma bangla sahaja yang perlu dicampur dengan nama Malaysia tetapi gabungkanlah sekali nama-nama imigran asing di malaysia. sebagai contoh China, India, Indonesia, Myanmar, Vietnam , Nepal so cantumkanlah dengan Malaysia.. mungkin akan dapat nama yang lebih sedap.
entry ini bukan saya nk kondem atau perkecilkan bangsa saya tetapi hakikat yang harus kita baiki bersama. jangan dihina asal usul kita tetapi perbaikilah setiap kelemahan yang kita ada. Sekian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan