Ahad, 10 Februari 2013

Jodoh itu Rahsia Allah

Assalamualaikum



Jodoh itu Rahsia Allah.. agak menarik juga entry kali ini yang nk dikongsi.. kita pun tak tahu siapa jodoh kita.. serahkan hati pada orang yang kita sayang tak bermakna itu adalah jodoh kita.. cuma bagi aku manusia hanya mampu merancang dah allah yang tentukan.. 


Dalam pengalaman diri ini pernah menyayangi seorang gadis, walaupun hubungan telah terputus dipersimpangan jalan.. tapi perasaan sayang tu mmg tak dapat untuk di buang walaupun hampir tiga tahun.. sampailah satu ketika terdekit di hati nie bertanya adakah ini jodoh diri.. kita tak dapat tipu hati kita.. Jadi jalan terbaik adalah berterus terang.. biar pun jawapan bukan yang kita inginkan, mungkin itu takdirnya.. jadi berserahlah pada Allah jika kita dah berusaha..

Tak bererti kita kalah jika kita berterus terang dan mendapat keputusan yang tidak kita inginkan.. hanya mungkin dalam perancangan Allah.. adapun kita terlalu sayangkan dia mungkin jodoh itu berkekalan atau akan ada yg lebih baik untuk kita dan si dia..  

Semua diantara kita mengharapkan jodoh yang baik.. tetapi harus diingatkan bahawa lelaki-lelaki baik hanya untuk perempuan-perempuan yang baik dan sebaliknya.. jadi seharusnya kita berusaha menjadi yang terbaik untuk diketemukan bersama-sama jodoh yang Terbaik.. In Shaa Allah..

Apa yang dikesalkan pada hari ini.. muda-mudi terutama golongan remaja, anak gadis sanggup mempertaruhkan segalanya demi cinta pada seorang lelaki yang belum diletakkan pada tempat yang sepatutnya.. seharusnya difahami bahawa cinta sejati hanya hadir pada kasih sayang seorang Suami kepada Si isteri dan kasih sayang isteri pada suami.. bukan kekasih hati.. 

Jika Allah telah menulis jodoh kita dengan nya , kita akan tetap bersama dengannya Tapi jika takdir Allah menentukan yang mana kita bukan dengan dirinya, kita tidak akan bersama dengannya kerana tulang rusuk dan pemiliknya tak kan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yang tepat menurut ilmuNya. Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang dan sebaik-baik rancangan adalah dari Allah..

Terima kasih kerana sudi membaca

3 ulasan:

safiah nurhumairah berkata...

jodoh itu rahsia ALLAH, nice entry :)
angah, bersabarlah. sesungguhnya siapa yang menyintai dalam diam sedang berjihad. berjihad melawan nafsu diri. yakin kepada ALLAH. ALLAH telah menyediakan seorang bidadari buat angah didunia ini. siapa dia, dimana dia. hanya ALLAH sahaje yang mengetahuinya. sebab jodoh tue kan rahsia ALLAH ^^

Lina berkata...

jodoh.. yup jodoh tu rahsia Allah.. jgn berputus asa.. bila kita rsa sendiri hdup d muka bumi ni, jgn risau kerana cinta Allah tetap bersama kita...

Hafizah berkata...

Dalam Sujud ku Bercerita . .
Dalam Sujud ku Meminta . .
Dalam Sujud ku Mengadu segalanya . .
Dalam Sujud ku Mengalirkan Airmata . .
Dalam Sujud ku Menemui Ketenangan & Kedamaian . .
Dalam Sujud ku Menemui Kebahagiaan yg Hakiki . .
Dengarlah Rintihan Hambamu Ini Ya Allah di Setiap Kali Dalam Sujud ku PadaMU ya Rabb . .

mudah2an akan bertemu jodoh yang sesuai..In shaa Allah