Isnin, 27 Ogos 2012

Kisah Neil Armstrong

Assalamualaikum


Detik 26 ogos 2012 perginya manusia pertama yang menjejakkan kaki dibulan pada 20 Julai 1969 Kisah yang menarik tentang beliau ialah beliau dikatakan pernah mendengar azan dan mendapati terdapat belahan di bulan..


Belahan di Bulan?? Pernahkah anda mendengar cerita tentang mukjizat Nabi Muhamad s.a.w yang pernah membelah bulan?? ini ceritanya:

Diriwayatkan bahwa sebelum Rasulullah saw hijrah, berkumpullah tokoh-tokoh kafir Quraiy, seperti Abu Jahal, Walid bin Mughirah dan Al ‘Ash bin Qail. Mereka meminta kepada nabi Muhammad saw untuk membelah bulan.

Kata mereka, “Seandainya kamu benar-benar seorang nabi, maka belahlah bulan menjadi dua.” Rasulullah saw berkata kepada mereka, “Apakah kalian akan masuk Islam jika aku sanggup melakukannya?” Mereka menjawab, “Ya.” Lalu Rasulullah saw berdoa kepada Allah agar bulan terbelah menjadi dua. Rasulullah saw memberi isyarat dengan jarinya, maka bulanpun terbelah menjadi dua.

Selanjutnya sambil menyebut nama setiap orang kafir yang hadir, Rasulullah saw berkata, “Hai Fulan, bersaksilah kamu. Hai Fulan, bersaksilah kamu.” Demikian jauh jarak belahan bulan itu sehingga gunung Hira nampak berada diantara keduanya.

Apabila sampai di bulan neil armstrong dikatakan melihat satu belahan dan mendengar azan.. armstrong bertanya pada rakannya tetapi jawapan tidak ditemuinya.. Lalu suatu ketika apabila dijemput ke mesir armstrong sekali lagi dikatakan terdengar bunyi yang seolah2 pernah didengarnya.. dan bertanya kepada seorang pelayan bunyi apakah yang didengar nya.. pelayan itu pun menyatakan ia merupakan panggilan azan untuk orang-orang islam..

Ketika Rombonganya melawat ke sebuah muzium firaun.. beliau sekali lagi terdengar laungan azan lalu menyuruh rakan nya diam.. selesainya azan tersebut beliau bertanya kepada beberapa rakannya tahukah kamu dimanakan aku pernah mendengarnya sebelum ini?? aku mendengarnya di bulan..

Sekembalinya ke amerika beliau mendalami islam dan mengistiharkan masuk islam.. beberapa bulan kemudian Nasa memecat beliau dan dikhabarkan beliau ditempatkan di satu tempat agar islam tidak disebarkan..

dipetik dari satu majalah armstrong pernah berkata 'Memang aku hilang pekerjaan ku, tetapi aku temui Allah'..

Namun ada beberapa perkara juga yang menjadi pertikaian.. adakah benar neil armstrong pernah menjejakkan kaki di bulan atau hanya sekadar persaingan antara amerika dan rusia yg ingin menghantar manusia di bulan??

Baca Di Sini

Jawapan dari Ustaz Azhar Idrus

ALLAH lebih Mengetahui dan Segalanya yang Berlaku atas izin ALLAH S.W.T

1 ulasan:

Ym.Bundle berkata...

cerita pengislaman neil tak betul dari yang aku dah baca..