Rabu, 11 Julai 2012

BerHati-Hati Semasa Memandu!!

Assalamualaikum


Alhamdulilah.. Selamat sampai Pulau Pinang.. Penat gila drive dari johor, 10 jam rasa mcm nk patah pinggang.. nun jauh disana.. tambahan jalan yg sibuk dan membosankan.. kadang kala boleh buat mata terlelap.. aku nasihatkan lah.. kalau rasa mata tu layu2 berhentilah rehat sebentar.. rehat lama sikit pun takpa dari 'rehat selamanya' akibat terlelap seketika.. hehe..

Serius!! kalau mata tertumpu ke depan dalam jangka masa yg lama.. lama kelamaan mata tu akan layu.. seterusnya terlelap.. so berhati-hatilah.. aku sebelum nie pun pernah juga terlelap masa drive dari Penang ke Selangor dan balik penang.. masa tu baru balik final rancangan gadis melayu.. masa tu x terer lagi.. drive 8 jam.. ngantuk siot..

Habis ja rancangan tu kitaorg terus gerak balik ikot hulu selangor.. seram beb jalan tu.. seram pun seram la poket aku pn dh kering nk ikot highway.. haha.. jalan dh la gelap dalam duk drive mata layu ja.. koi lama koi layu.. so minum la air mineral bagi segar.. tapi tak lama pun.. sampai aku sendiri x sedar yg aku berhenti betul2 jalan turun bukit dkt YTL simen ipoh tu.. ada lori horn.. nasib dy perasan kalau x arwah dh 3 sahabat neh.. lepas tukar je pemandu seminit kemudian aku terlelap sampai la terjaga balik dekat hentian bukit merah..

Tapi yang masih jadi tanda tanya sampai sekarang mcm mana aku boleh drive dari hulu selangor ke ipoh sampai YTL pada pagi tuh??.. sedangkan mata aku mcm dh lelap masa tu.. aku tanya kwn aku.. dia kata mmg aku lelap..aduhai..!!

So pada sapa2 yg memandu jarak jauh tu.. silalah berehat secukupnya.. minum la minuman yg berkafein.. Mcm tongkat ali ka, kopi janda ka, kopi jantan ka.. tak pun kopi panggung.. hehe..



Bawah nie sedikit Tips pemanduan jarak jauh..
hope berguna untuk semua..

1. Baca doa
Sebelum memulakan perjalanan, baca doa dulu. Minta tuhan permudahkan perjalanan anda dan dijauhi dari segala bala bencana.. Kita berusaha, tuhan yang menentukan. ada kat atas sila amalkan.. :)

2. Tidur yang cukup
Pastikan malam sebelum memulakan perjalanan, anda telah tidur dengan secukupnya.. Memandu dalam keadaan mengantuk boleh meningkatkan risiko kemalangan..

3. Periksa kereta anda
Sebaiknya sehari sebelum anda bertolak , periksa keadaan kereta anda. periksa brek, wiper, minyak itam, air bateri dan lain2..

4. Memandu dengan had laju yang selamat
Highway bukan track untuk drag. Maka janganlah pula anda memecut dengan jiwa kelajuan. Pandulah dengan kelajuan yang telah diluluskan dewan rakyat. Tak payah laju-laju.Insya allah sampai juga ke destinasi. Setakat enjin N/A , tidak payahlah berlagak memandu laju ibarat enjin turbo L2s okay?

5. Memotong dengan selamat
Jika anda ingin memotong. Pastikan anda yakin dan keadaan selamat.Jangan memotong di selekoh. Lihat cermin padang sisi dan hidupkan isyarat terlebih dahulu sebelum memotong. Selamat berjaya.

6. Berehat
Jika anda letih dan mengantuk, berehat sebentar. Jangan paksa diri anda. Keletihan menyebabkan fokus anda terganggu semasa memandu. Berehat sebentar dan mai la setin air kopi janda.. hehe

7. Bertimbang rasa
Jalan raya kita kongsikan bersama. Bukan milik persendirian.Bertimbang rasa dan bertolak ansur semasa memandu.Jika kereta dibelakang anda ingin memotong, perlahankan kenderaan anda.Jangan pula anda memecut ketika kereta tersebut sedang memotong anda. kalau taknak kongsi buatlah jalan sendiri.. :)

3 ulasan:

Lina berkata...

selamat smpi kat poli ke??? hehehehe

last bloodz berkata...

HaHaHa..

Poli?? tu kenangan masa silam la.. dh habis pun may lepas.. sekarang makan anggur 2 bulan :)

Lina berkata...

tahnia sebab berjaya meghasilkan anggur.. owh freshie ag rupanya.. hak2