Rabu, 23 Mei 2012

WE will Never GIVE UP -07-

'Perhatikan betul-betul pada kawasan hutan'

Assalamualaikum..

HATI2 ENTRY KALI NIE BERHANTU J

Tepat jam 12 tengahari berangkat kami geng2 UP ke Pahang bagi menyaksikan perlawanan antara Penang Aucms menentang Shahzan Muda di Stadium Mini Temerloh.. perjalanan kami berhenti di sungai buluh bagi mengambil beberapa member dari ultraSEL di sungai buluh sebelum meneruskan perjalanan.. yg aku nk cerita nie bukan pasai perjalanan kami.. tapi kejadian yg berlaku di stadium tersebut.. gelombang kami bermula tepat selepas visel ditiupkan.. nyanyian UP terus bergema di setiap pelusok stadium walaupun kami hanya 15 org sahaja.. penang ketinggalan 2-0 di separuh masa pertama.. hasil 1 jaringan padang dan 1 jaringan penalty..

Separuh masa kedua bermula.. Gelombang nyanyian UP semakin meninggi walaupun gol ketiga dapat dihasilkan oleh pasukan shahzan muda.. aura pemain penang kembali bangun setelah beberapa pemain ditukarkan.. hasilnya satu gol dapat kami peroleh.. dipendekkan cerita kami kalah perlawanan tersebut dengan jaringan 4-1..

Jeritan seorang capo UP kedengaran setelah nyanyian lagu ‘FAM BANGSAT’.. hal ini kerana banyak keputusan meragukan yg dibuat oleh pengadil perlawanan.. kedengaran ‘Hampa tak kesian kat kami ka hampa buat kami mcm nie’?? (ditujukan pada pengadil) waktu tu aku pn dh x sabar nk saja aku lepaskan makian.. hampir separuh pada kami makin hilang sabar.. pihak polis mula menghampiri kami takut perkara yg tak diingini terjadi..

Kami bersiap untuk bergerak pulang takut benda yg x diingini terjadi.. berdekatan bas tiba-tiba seorang komrad UP dirasuk.. dia dipindahkan ke dalam bas untuk menjalani rawatan.. banyak benda yg tak dingini terjadi mlm tu.. ada yg ternampak lebih pada 40ekor ‘makhluk halus’ yg berada di dalam stadium.. ada yg berdiri di atas palang gol, ada yg di bahu pengadil dan ada di tengah padang..

Banyak yg aku rasa muskil pertama bola yg disepak banyak kali terkena palang dan kedua bola yg ditanduk oleh pemain bernumber 10 tiba-tiba bagai ditempis keluar oleh angin.. keadaan penjaga gol pun tidak bermain seperti biasa.. mcm teragak2 membuat keputusan dan kadang kala lari keluar dari kawasan gol.. sedangkan dia penjaga gol paling konsisten setelah 7 berlawanan yg aku tengok.. ada la Tanya dia.. mmg dia kata x sedap sangat main situ..

Bercerita dalam bas.. mmg ada org yg x puas hati dengan geng2 UP kt situ.. rumah2 berdekatan situ juga tiada org yg tinggal dan sebuah rumah terpangpang kain berwarna kuning.. Kami diiringi oleh polis sampai di tol sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Pulau Pinang..

Klik sini supaya lebih jelas.. untuk yang betul2 kuat semangat..

Gambar


2 ulasan:

Jija berkata...

erk main kt pahang kat mana tu...

last bloodz berkata...

Stadium Mini Temerloh