Rabu, 30 Mei 2012

Terbaik Diantara Terbaik!!!





Haria Terusss Haria!!
Sori la banyak cerita pasai Pasukan Pulau Pinang.. kalau hampa nk tau EPL, LA Liga, Seria A atau liga Singapore, korang boleh pergi website hangretibacaketidak.com kalau ada nk kutuk-kutuk skuad penang korang boleh pergi terjun lombong.. ada ku kisah :) -Via aku harimau dan malaya

Selasa, 29 Mei 2012

Apa itu Cinta ??


Seorang Lelaki Melamar seorang Wanita , Tetapi sedihnya, wanita itu menolak lamarannya..

Walaubagaimanapun, lelaki itu tidak bersedih dan rakan-rakanya menyoal lelaki itu. "kenapa kau tak merasa sedih??"

lelaki itu menjawab , "kenapa saya perlu berasa sedih?? saya hanya kehilangan seseorang yang tidak pernah mencintai saya, Tetapi dia kehilangan seseorang yang betul-betul menyayangi dia" :)

Bahaya NYa syiah oleh rejim Basyar

Tragedi Penyembelihan Haulah, Hama

1) Tempat Tragedi

Tragedi paling tragis sejak 15 bulan berlakunya kebangkitan rakyat di Syria ini berlaku di Kampung Taldou, Haulah. Kampung Taldou terletak kira-kira 2 km daripada Bandar Haulah yang terletak di wilayah Homs, yang merupakan di antara wilayah yang paling teruk dibom dan diserang oleh rejim Basyar.

2) Mangsa Korban

- Mengorbankan 114 orang awam.
- Seramai 55 orang kanak-kanak gugur syahid.
- Seramai 59 orang wanita yang gugur syahid.

(Walaubagaimanapun, bilangan secara tepat mungkin bertambah daripada ini kerana masih ada yang belum dilaporkan dan ditemui).

3) Kronolgi Ringkas :

- Jumaat (25 Mei 2012), rakyat Syria di Kampung Taldou, Haulah keluar berkumpul menyatakan bantahan mereka terhadap kezaliman yang dilakukan oleh rejim.

- Selepas solat Jumaat, masyarakat awam di Haulah keluar beramai-ramai sebagaimana juga di beberapa tempat di Syria seperti, Damsyiq, Aleppo dan kota-kota utama lainnya.

- Kira-kira jam 1 petang selepas selesai solat Jumaat, sedang masyarakat awam berkumpul, mereka disuraikan secara kasar oleh tentera rejim dengan tembakan rambang kepada masyarakat dan kelihatan juga kereta kebal yang digunakan oleh tentera rejim.

- Serangan bertubi-tubi tentera rejim kepada masyarakat awam yang tanpa senjata itu berterusan hampir 2 jam dan mengorbankan 3 nyawa ketika itu.

- Masyarakat awam terpaksa bersurai kerana dibimbangi semakin ramai yang akan dibunuh oleh rejim yang semakin menggila.

- Tidak cukup dengan serangan yang dilakukan, tentera rejim menghantar syabih (tali barut rejim yang berpakaian biasa) untuk menyerbu rumah-rumah di Kampung Taldou, Haulah. Mereka membunuh dan menyembelih setiap daripada masyarakat awam termasuk anak-anak kecil yang tidak berdosa.

- Tragedi paling tragis itu berlaku bermula jam 4 petang (Jumaat, 25 Mei) sehingga jam 1 pagi (Sabtu, 26 Mei) tanpa henti yang mengorbankan 114 masyarakat awam (mungkin bertambah).

4) Pihak yang bertanggungjawab

- Pihak tentera rejim Syria.'
- Syabih (Tali barut Basyar).

Nota : Teruskan berdoa agar Allah menghancurkan rejim Basyar dan sekutunya di atas segala kezaliman yang telah mereka lakukan kepada rakyat Sunni di Syria.

Isnin, 28 Mei 2012

Save Palestine Save Al Aqsa


Selamatkan Palestin Dari UP anda Bagaimana..???
walaupun ada yg pertikai tapi ini adalah cara kami.. walaupun bkn dengan senjata tetap kami kibarkan di setiap stadium yg kami lawati.. hanya untukmu Palestine..

Ya Allah
Sebagaimana engkau pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin, Maka kami kemohon kepadamu ya Allah.. Turunkanlah bantuanmu kali ini kepada orang-orang islam di Palestin, Hancurkanlah rejim zionis sedasyat-dasyatnya.. amin


Khamis, 24 Mei 2012

Football without ultras is Nothing

Assalamualaikum..

Arineh nk share ngn hampa pasal Ultras2 Terbaik Dunia.. nk tahu apa bezanya Ultras dengan Penyokong Biasa?? Penyokong Biasa bila menang dipuji bila kalah Dikeji.. Manakala Ultras setia Kalah atau Menang.. itulah Mentaliti Ultras!!.. tapi di Malaysia nie ada yg x suka ultras katanya depa nk tengok seni bola.. tp kalau tanya kt player gelombang ultras lah yg menaikkan semangat diorg.. so layan gambar2 di bawah..!!









Pehhh yg bawah paling sempoi..!! baru duk mula since nov 2011.. pedulikan apa org nk kata.. kami mula dari liga bawahan.. untuk kembali martabatkan Pasukan Bola Sepak Pulau Pinang..!! xmkn dik keji atau hina.. Mentaliti kami sukar digubah..!! Selamanya Harimau Kumbang..

Rabu, 23 Mei 2012

WE will Never GIVE UP -07-

'Perhatikan betul-betul pada kawasan hutan'

Assalamualaikum..

HATI2 ENTRY KALI NIE BERHANTU J

Tepat jam 12 tengahari berangkat kami geng2 UP ke Pahang bagi menyaksikan perlawanan antara Penang Aucms menentang Shahzan Muda di Stadium Mini Temerloh.. perjalanan kami berhenti di sungai buluh bagi mengambil beberapa member dari ultraSEL di sungai buluh sebelum meneruskan perjalanan.. yg aku nk cerita nie bukan pasai perjalanan kami.. tapi kejadian yg berlaku di stadium tersebut.. gelombang kami bermula tepat selepas visel ditiupkan.. nyanyian UP terus bergema di setiap pelusok stadium walaupun kami hanya 15 org sahaja.. penang ketinggalan 2-0 di separuh masa pertama.. hasil 1 jaringan padang dan 1 jaringan penalty..

Separuh masa kedua bermula.. Gelombang nyanyian UP semakin meninggi walaupun gol ketiga dapat dihasilkan oleh pasukan shahzan muda.. aura pemain penang kembali bangun setelah beberapa pemain ditukarkan.. hasilnya satu gol dapat kami peroleh.. dipendekkan cerita kami kalah perlawanan tersebut dengan jaringan 4-1..

Jeritan seorang capo UP kedengaran setelah nyanyian lagu ‘FAM BANGSAT’.. hal ini kerana banyak keputusan meragukan yg dibuat oleh pengadil perlawanan.. kedengaran ‘Hampa tak kesian kat kami ka hampa buat kami mcm nie’?? (ditujukan pada pengadil) waktu tu aku pn dh x sabar nk saja aku lepaskan makian.. hampir separuh pada kami makin hilang sabar.. pihak polis mula menghampiri kami takut perkara yg tak diingini terjadi..

Kami bersiap untuk bergerak pulang takut benda yg x diingini terjadi.. berdekatan bas tiba-tiba seorang komrad UP dirasuk.. dia dipindahkan ke dalam bas untuk menjalani rawatan.. banyak benda yg tak dingini terjadi mlm tu.. ada yg ternampak lebih pada 40ekor ‘makhluk halus’ yg berada di dalam stadium.. ada yg berdiri di atas palang gol, ada yg di bahu pengadil dan ada di tengah padang..

Banyak yg aku rasa muskil pertama bola yg disepak banyak kali terkena palang dan kedua bola yg ditanduk oleh pemain bernumber 10 tiba-tiba bagai ditempis keluar oleh angin.. keadaan penjaga gol pun tidak bermain seperti biasa.. mcm teragak2 membuat keputusan dan kadang kala lari keluar dari kawasan gol.. sedangkan dia penjaga gol paling konsisten setelah 7 berlawanan yg aku tengok.. ada la Tanya dia.. mmg dia kata x sedap sangat main situ..

Bercerita dalam bas.. mmg ada org yg x puas hati dengan geng2 UP kt situ.. rumah2 berdekatan situ juga tiada org yg tinggal dan sebuah rumah terpangpang kain berwarna kuning.. Kami diiringi oleh polis sampai di tol sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Pulau Pinang..

Klik sini supaya lebih jelas.. untuk yang betul2 kuat semangat..

Gambar


Just 21 !!

Assalamualaikum..

19 haribulan 5 yang lalu genap aku berumur 21 tahun.. muda lagi kn?? Hehe.. dah banyak pengalaman yg dh aku timba.. semua tu mematangkan aku.. bercinta pn dh 4 kali.. hahaha.. terima kasih aku ucapkan pada kawan2 yg wish hari lahir aku kt Fon dan Facebook.. belunggok gak la kt status facebook aku tu.. semua kenalan2 rapat.. dari sekolah tadika sampai la kt Politeknik.. syukur sangat dpt kenalan mcm hampa..

Lalalala.. org yg aku sayang pn hantar msg kul 12.40 lebih-lebih.. Thank Q.. aku cuba ajak dia borak.. maklumlah dapat call free.. tp dy x balas msg tu.. mungkin dy sibok kot.. papahal semoga dy berbahagia.. aku bukan harap dy balik ‘bercinta’ dengan aku.. Cuma harap jadi kawan mcm biasa balik mcm dulu2 sebelum kitaorg bercinta.. Tapi kalau x boleh xpala.. Cuma dapat wish yg terbaik untuk dy..

Di hari kelahiran aku yg ke 21 tahun nie.. aku berdoa agak menjadi umat yg setia pada Rasulullah s.a.w dan hamba yg patuh pada pencipta Allah s.w.t . semoga hidup aku sentiasa diberkati oleh nya.. Insyaallah..