Muharram adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu bulan di mana Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (QS Al-Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah SAW telah menamakan bulan Muharram sebagai ‘Bulan Allah’ (Shahrullahi).
pada bulan muharram hanya satu sunnah yg diamalkan oleh nabi muhammad s.a.w kepada kita iaitu berpuasa pada 9,10 muharram.. ada satu ketikanya nabi hanya berpuasa pada 10 muharram tetapi menyerupai kaum nasrani dan yahudi yang berpuasa pada hari ke 10.. dan nabi muhammad s.a.w bersabda akan berpuasa pada 9,10 pada tahun berikutnya tetapi tidak kesampaian setelah nabi muhammad wafat padaa tahun tersebut.. walaupun nabi muhammad tidak dapat menunaikan nya tetapi telah dilafaskan dengan kata-kata ialah sunnah..
(”Sewaktu Rasulullah saw berpuasa pada hari Asyura lalu beliau saw memerintahkan (para sahabat) untuk berpuasa.” Para sahabat bertanya, ”Wahai Rasulullah, sesungguhnya hari ini adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani.” Beliau saw menjawab, ”Untuk tahun depan, insya Allah kita berpuasa (juga) pada hari kesembilan.” Ibnu Abbas berkata, ”Ternyata tahun depan tidaklah menemuinya hingga beliau saw wafat.”)
Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: "Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura (yakni 10 Muharram), maka Allah SWT akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hari Asyura, maka akan diberikan pahala 10,000 orang Haji dan Umrah, dan 10,000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Asyura, maka Allah SWT akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Asyura, maka seolah-olah memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW dan mengenyangkan perut mereka."
(saya budak baru belajar ada salah tolong tunjukkan.. sy pn bru dengar amalan2 nie waktu khutbah jumaat lepas.. diharap kita semua dapat mengamalkan nya.. amin.. )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan