Ahad, 26 September 2010

~ AdakaH CinTa seGala Nya??



Antara persoalan yang sering bermain di fikiran ialah sejauh manakita pasti bahawa kita telah memilih individu yang sesuai sebagai pasangan hidup? Bak kata orang puteh "How sure are we that he or she is the rightperson for us?"

Yang susahnya, berupayakah kita untuk menilai perwatakan seseorang sebelum berkahwin? Seringkali kita terdengar rungutan bagaimana suami berubah menjadi seorang yang panas baran dan cepat tangan sedangkan semasa bercinta dahulu, pijak semut pun tak mati. Ada juga situasi di mana si isteri bertukar menjadi seorang yang paling selekeh sedangkan dahulu beliau seringberdandan rapi semasa hendak keluar berdua.

Ada pasangan yang benar-benar percaya bahawa cinta adalah segala-galanya. Benarkah begitu? Entahlah... saya sendiri kurang pasti.

Seseorang pernah menasihati saya bahawa cinta itu boleh datang dan pergi. Mungkin hari ini anda dicintai dan dibelai sepenuh hati, tetapi bolehkah anda jamin bahawa sidia tidak akan berubah hati 20 atau 30 tahun dari sekarang? Tentu sukar kerana ini bukan cerita Hindustan tetapi realiti.

Memang benar kita tidak boleh memaksa mahupun menjamin kasih saying seseorang tetapi sekurang-kurangnya anda telah meneliti segala aspek personaliti dan tolak ansur pasangan sebelum anda berkahwin.

1. Pegangan Agama
Bagaimanakah pegangan agama pasangan anda?
Jika isteri memerlukan tunjuk
ajar, adakah anda sanggup mendidik
serta memberi semangat? Lebih-lebih lagi
jika beliau saudara baru. Bagi yang wanita,
adakah anda pasti bahawa
pasangan anda boleh menjadi ketua keluarga yang baik dan
seterusnya mendidik anda ke jalan yang benar?

2. Menyayangi Pasangan
Adakah anda menyayangi pasangan yang bakal dikahwini?
Jikalau ianya atas pilihan keluarga,
adakah anda redha dengan pasangan yang telah dipilih?
Bagaimana jika setelah sebulan berkahwin,
anda terjumpa wanita atau lelaki
idaman? Jika pernah berkasih dengan orang lain sebelum ini, sanggupkah anda
melupakan segala-galanya dan mulakan hidup baru?

3. Kesihatan
Adakah anda pasti tentang tahap kesihatan masing-masing?
Pastikan bebas daripada pengaruh dadah atau
penyakit jangkitan kelamin. Jika pasangan
mempunyai rekod penyakit genetik
yang mungkin menimpa anak-anak, adakah anda
telah bersedia dan sanggup dari segi mental?
Tanya diri sendirisamada
sanggup untuk menghadapi risiko. Jangan tinggalkan keluarga kala
malang menimpa.

4. Zuriat
Bagaimana jika pasangan tidak dapat memberikan zuriat.
Bincang perkara ini sedalam-dalamnya,
adakah anda berdua sanggup mengambil anak
angkat atau bagi yang wanita,
mengizinkan suami berkahwin lain. Memang kelihatan
sukar untuk dibincangkan tetapi
bukankah lebih baik jika anda mengetahui
perdirianpasangan mengenai perkara ini sebelum berkahwin?

5. Kewangan
Perkara ini mungkin kelihatan remeh tetapi akan menimbulkan
masalah besar jika tidak dipersetujui dari awal.
Anda berdua harus berbincang
bagaimanakah
perbelanjaan keluarga patut dibahagikan.
Adakah suami menanggung 70%
manakala isteri 30% atau masing-masing 50%.
Atau adakah suami sanggup
menanggung 100% perbelanjaan
manakala isteri menyimpan wang gaji
sebagai simpanan keluarga.

Jika suami mahukan
isteri menjadi suri rumah tangga sepenuh masa,
pastikan anda telah berbincang mengenai
wang kocek ataupun elaun.
Yang penting,
tanya semua aspek tentang kewangan.
Mungkin ada diantara pasangan yang akan bertengkar
semasa sedang berbincang mengenai perbelanjaan keluarga
tetapi sekurang-kurangnya anda akan tahu sifat serta
prinsip hidup pasangan mengenai wang SEBELUM anda berkahwin.

6. Kerjaya dan Cita-cita
Adakah anda pasti tahap cita-cita pasangan anda? Bagi wanita,
sudahkah anda berbincang dengan
pasangan mengenai cita-cita serta kemahuan kerjaya yang
ingin anda kecapi? Adakah pasangan sebagai suami mendorong serta
bersetuju untuk memberikan sokongan atau sebaliknya?
Bincang dengan hati terbuka lebih-lebih lagi
jika anda bercita-cita tinggi. Bagi lelaki yang bercita-cita
tinggi, elok jika anda memberitahu pasangan tentang peranan yang
anda harapkan daripada seorang isteri supaya pasangan anda boleh
membuat keputusan yang sewajarnya.

7. Kesesuaian
Adakah anda berdua sesuai untuk masing-masing?
Adakah anda seorang yang peramah
manakala pasangan pula seorang yang pendiam?
Atau andakah andaseorang yang pembersih dan
dia pula seorang yang selekeh?
Sesuaikah anda?
Anda sendiri yang pastikan kerana kadang-kala "opposite
attracts"
tetapi ada juga dari awal-awal lagi sudah tidak sesuai sikap
tetapi mungkin tertarik diantara s
atu sama lain kerana faktor lain seperti rupa
paras ataupun kedudukan.

8. Persefahaman
Sudahkah anda berbincang mengenai jadual pulang ke kampung semasa
hari raya? Mungkin kelihatan remeh tetapi jangan terkejut
jika topik balik kampung menjadi punca
pasangan suami isteri bermasam muka di pagi raya!

9. Keluarga Mertua
Kesuaian serta persefahaman dengan keluarga mertua adalah sangat
penting untuk menjamin kebahagiaan rumahtangga.
Adakah anda serasi dengan keluarga pasangan?
Jangan lupa bahawa apabila berkahwin, anda bukan sahaja
"berkahwin" dengan anak perempuan atau anak lelaki mereka, malah
dengan keluarga mereka juga.

10. Keperluan Seksual
"Absolutely no testing here!".
Maksud sebagai keperluan seksual adalah
bolehkah pasangan anda memenuhi citarasa seksual anda?
Maksudnya, wanita atau lelaki yang bakal anda kahwini
mestilah sekurang-kurangnya menarik
minat anda dari segi seksual kerana keperluan batin adalah
sebahagian daripada kehidupan berkahwin.
Hadapilah dengan berani!


Bonus Tip
* Sudahkah anda melakukan sembahyang sunat istikharah?
Seelok-eloknya
lakukan ini sebelum anda masuk meminang
ataupun menerima lamaran
seseorang.

Tiada ulasan: