Selamat hari ibu...
Siapa yg dapat melihat jasad seorang ibu yg menangis kesakitan.. mungkin kita x dpt merasai kesakitan itu.. tp terbayangkah kita kesengsaraan seorang ibu yg melahirkan kita itu??? Mungkin akan ada yg ditangisi.. tersentuh hati aq bila perkara itu benar terjadi.. mmg bkn ibu aq tp kwg ank2 dya yg telah besar xkn korang lansung x phm.. kalau dulunya kwg sakit ibu juga yg memberi ubat tp betulkah balasan kwg nie.. sungguh aq kecil hati.. kwg boleh buat x nmpk , x layan kerenah dya.. tp bkn aq.. mungkin kta jarang mendengar hikayat tanggang moden.. tetapi ada pd masyarakat kita.. hmm.. betul kata orang seorang ibu dpt jaga sepuluh org ank.. tp seorang ank belum tentu dpt jaga seorang ibu.. jadi hargailah kudrat seorang ibu sesungguhnya syurga dibawah telapak kaki ibu....
Bahz bin Hakim dari ayahnya dri neneknya brkata: "Sy tny kepada Rasulullah s.a.w.: "Ya Rasulullah, siapakh harus saya taat?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ibumu." Kemudian siapakah? tny saya lagi. Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ibumu." Saya bertny sekali lg dan Rasulullah s.a.w. mnjwb: "Ibumu." "Kemudian siapa?" tanya sy lagi." Rasulullah s.a.w. menjwb: "Ayahmu, kemudian yang terdekat dan yang dri kerabat." Selamat hari ibu..
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu
Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...
Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan