Seminggu telah berlalu, hari demi hari aku kirimkan pesanan ringkas kepada nya untuk memohan maaf dan berikanlah aku kesempatan untuk menjelaskannya.. tetapi pesanan ku tidak dibalas.. mungkinkah dia masih marah pada aku..?? dalam kesayupan hati aku cuba ingin jelaskan sesuatu kebenaran.. tapi malangnya tidak aku temui peluang itu.. hari demi hari aku menunggu jawapan dari mu.. adakah hubungan kita telah berakhir??
Bunyi 'bib' kedengaran!! seminggu menghilangkan diri akhirnya dia menjelma.. aku gembira kerana permintaan ku termakbul jua.. TETAPI kegembiraan hanya seketika apabila membaca pesanan yang dikirimkan.. hanya sebak didada dan aliran air mata yang dapat aku terjemahkan..
"assalamualaikum.. Maaf,sy rasa hubungan kita berakhir disini...."
segala teka teki terjawab.. selama seminggu menanti kehadiranya hanya perpisahan yang aku temui.. aku hanya merayu dan terus merayu agak diberi peluang untuk menjelaskan.. tetapi kesalahan aku amat besar untuk dimaafkan.. semuanya telah berakhir..
perpisahan kita hanya aku ratapi dengan linangan air mata.. walaupun sudah hampir tiga bulan berpisah aku rasakan begitu pahit untuk ditelan apa yang berlaku.. mungkin salah aku, tetapi aku berusaha yang terbaik untuk hubungan kita.. aku sayangkan dia, aku sayangkan hubungan kami..!!
Sebulan setelah berpisah....
Perasaan cinta aku pada dia masih menebal.. sehinggalah sekarang aku masih belum dapat terima hakikat perpisahan yang meruntuh egoku setelah kebahagiaan yang kami bina.. sesungguhnya perpisahan amat menyeksakan..
Hari lahirnya bakal menjelma, ternyata ia saat yang aku nantikan.. sebelum berpisah aku merencanakan sebuah hari yang terindah buat dirinya.. akhirnya hanya angan - angan kosong yang dapat kutejemahkan.. hanya sepotong kek yang dapat ku kirimkan agar si dia kembali tersenyum..
Hubungan baru...
Setelah beberapa bulan terpisah hubungan dia dan aku bertambah renggang.. malah sebagai seorang kawan pun kami tidak seperti biasa.. tambahan dia sudah mempunyai hubungan baru.. (hanya terdetik di hati ku).. sangkaan ku benar.. tetapi dengan siapa?? aku cuba untuk mengetahui walaupun bakal merobek hati ku..
aku cuma ingin tahu adakah aku masih dihatinya..?? bukan sengaja aku ingin sakitkan hati kecil ini.. mereka cuba merahsiakan hubungan daripada aku.. adakah si dia tahu ini akan melukakan hati aku?? sbb itu hubungan ini dirahsiakan?? malahan semua kawan-kawan merahsiakan hubungan mereka.. ternyata ini bukan yang aku impikan..
Tenyata aku mengenali pasangan barunya.. patutlah ada orang beria-ia care pasal hubungan aku rupanya ada udang disebalik batu.. Pasangan barunya adalah 'kawan' aku.. selepas sahaja aku mengetahui hubungan mereka aku dimaki teruk oleh pasangan barunya.. satu ayat yang aku tidak akan aku lupa sampai mati..
"sekarang aku berada pada cinta yang realiti, kau punya hanya fantasi, so bermimpilah!!.."
ya aku tahu aku mencintai org yang telah lupakan aku.. ya mmg aku hanya berfantasi kepada cinta yang tak pasti.. tetapi adakah kau ada hati dan perasaan sedangkan kau tahu aku cuba memilikinya kembali..?? teruk aku dimaki hamun malam tu.. emosi aku terjejas dan aku muka provokasi balik.. tetapi ternyata dia lebih bijak dengan membiarkan orang yang aku cinta melihat apa yg aku katakan.. sekali gus membuatkan aku terus dibenci oleh orang yang aku cintai..
kenapa!! kenapa!! kenapa!! aku hanya ingin dikasihi, aku hanya ingin disayangi.. kenapa perpisahan yang diberikan?? aku berikan yang terbaik semoga dia tersenyum dan akhirnya kesedihan yang aku ratapi......
"awak pernah katakan takkan jauh dari hidup saya, tetapi saya rasakan semakin hari semakin jauh awak dari saya.. maafkan saya kerana tidak dapat membahagiakan awak walaupun saya telah lakukan yang terbaik"