Jumaat, 19 Ogos 2011

Kebangkitan Bola Sepak Malaysia Di MaTa Dunia


kini menjadi milik tony

QPR sah milik Tony fernandes.. dengan memiliki saham sebanyak 66% kini QPR ialah kelab kedua yg dimiliki oleh Pemilik dari Malaysia.. sebelum ini sebuah lagi kelab dari England iaitu Cardiff city yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan dan Dato Chan Tien Ghee.. Dato chan juga memiliki seorang anak yang mewakili cardiff city iaitu nicholas chan yang kini pulang untuk beraksi di Kelantan..

bangga weh sebagai rakyat malaysia.. bukan senang nk memiliki kelab yang bertapak di England dan seterusnya membanggakan Malaysia seperti pada perasmian pemilikkan Cardiff city yg mana seorang budak berpakaian baju melayu mengiringi para pemain..

isaad Nabil yang berbaju melayu bersampin serta bersongkok

kini Malaysia sekali lagi menjadi kebanggaan apabila terbentang nama MALAYSIA di jersi Cardiff city sebagai penaja utama kelab tersebut..


jersi baru cardiff yang terbentang nama 'Malaysia'

apa lagi yang Malaysia kurang?? kelab EPL dh ada dalam tangan.. player2 malaysia ramai yang bagus2.. Produk Malaysia kian laku seperti safee sali yang berkelana di indonesia.. pulang ke malaysia sebagai hero.. dulu nk jaring sebijik pun payah sekarang mau tak mau ada sebijik dua.. Produk terbaru Baddrol bahtiar dan wan zack haikal yang diberi tempoh percubaan oleh kelab EPL wigan athletic..

Jika indonesia berbangga dengan Pemain Neutralisasi.. Malaysia turut mempunyai Pemain Neutralisasi seperti brendan gan yang beraksi bersama Sydney Fc(Australia) , tadashi takeda yang beraksi untuk Fagiano Okayama Fc(Jepun), titus james palani yang beraksi untuk Nanteuil FC (Perancis), Shaun maloney yang beraksi untuk Celtic Fc kini telah mewakili Scotland.. bnyk lagi la seperti wan kuzain wan kamal, tan sheang sung..


brendan gan pemain terbaik Australia bapanya dari negeri sembilan

Kita juga mempunyai kepakaran jurulatih terkemuka seperti Lim Teong Kim yang mendidik pemain2 di bayern munich bawah 19 tahun sebagai penolong jurulatih.. beliau turut berjaya melahirkan pemain berbakat seperti pemain antarabangsa jerman Thomas Muller..
so apa lagi yg malaysia takda untuk layak ke Piala Dunia???

Selasa, 16 Ogos 2011

Sedar Dalam Tak Sedar ??

Cepat nya masa berlalu.. dalam keghairahan menyambut bulan ramadan sedar tak sedar sudah separuh bulan atau 15 hari kita berpuasa.. so betul la kata org-org tua pejam celik - pejam celik dah abis..

ramadan kali ini disambut dengan sederhana maklum lah dh dewasa takan nk perangai mcm budak2 lagi.. dlu masa budak2 lagi sakan satu kampung pusing jelajah tiap malam.. maklumlah hantu xda bulan ramadan.. hehe..

Port beli mercun?? keje mudah je tu.. dari mula jalan masuk kampung sampai kampung jiran punya jiran.. semua tau.. tapi tu masa budak la.. sekarang nie nk beli mercun pun pikir 2/3 kali.. xpe la layan bunga api dengan adik je la.. hukhuk..

ingat bulan puasa nie bolehla kurus.. tapi nafsu makan makin membuak2.. adoiiiyaa.. selagi tak tido selagitu la mulut nie tak berhenti dan mengunyah.. sekarang terkalih pula 'hidup untuk makan'!!!

GRAWR Pictures, Images and Photosfunny gif Pictures, Images and Photos

dah pertengahan ramadan nie!! Tolong La sedar!!! so apa kelebihan bulan ramadan kali nie bagi kwn2 blogger?? adakah lebih baik dari sebelum nya atau sebaliknya?? renung-renungkan lah dan selamat beramal..


Selasa, 9 Ogos 2011

SetahuN Dalam KenanGan ( Tragedi Bulan Puasa )

aL kisah Bulan Puasa tahun lepas...
Masa tu rasa2 nya cuti semester ramai budak2 balik kampung so tak ramai la yg tinggal jadi satu malam tu duk termenung timbul idea nk turun KL.. pikir punya pikir kereta dah ada apa lagi lebih kurang pukul 1 pagi pun kami berangkat laahhh..

mengambil masa 1 setengah jam dr penang bertolak untuk smpai ipoh.. so nk save kan bajet dr ipoh kitaorg pun follow la jalan biasa smpai kampar pastu tapah terpaksa naik highway balik sbb jalan gelap dan bnyk lori.. polis trafik pun bnyk tak larat nk berhenti.!!

smpai Damansara di satu kedai nasi kandar mamak kami berhenti dan sahur untuk pagi tu.. lepas je sahur kitaorg gerak turun shah alam berpusing2 sejam untuk cari jalan keluar untuk ke pusat bandar.. sesat kot!!.. hingga la smpai ke destinasi pertama...


smpai tugu negara pukul 7 pagi.. lepak lebih kurang sejam duk buat ramai kt situ ambil gambar dan posing2..

tiba2 je jumpa tugu negara yg pelik nie !!! nyaris2 la nk masuk metro... haha

tugu negara nie lagi la pelik.. nasib la takde org kalau tak dh lama kena tembak... haha..

pukul 8 pagi singgah di sebuah masjid dan terlelap smpai pukul 12 tengahari.. layan der tido dlm masjid.. sejuk je rasa.. hehe.. bangun mandi, solat dan teruskan perjalanan ke KLCC..

kl KLCC lepak2 dan minta sorang owg putih suh tangkap gambar neh.. ada member tu perabih duit beli seluar Rm200 rat kena telan oleh mesin kad kredit!!

abis KLCC yg begitu sesak kitaorg OndaWay to Putrajaya!!.. smbil2 lepak kt monumen tu smbil memikirkan tempat nk tido.. pastu Guard tu ofer umah sewa member dia.. calling2 terima tawaran umah sewa.. g bazar beli makanan di depan masjid besi... ondaway umah sewa!!..

makan kenyang smpai je kul 9 mlm semua terbaring dalam bilik.. umah bersepah dengan makanan berbuka tu.. bangun pukul 5 pagi dan turun kedai mamak bawah umah sewa untuk bersahur.. lepas sahur aq, joy, shah keluar lepak tngk pemandangan pagi Di Putrajaya.. ipe g balik bilik untuk tidur..

balik ikot jalan lama g bukit tinggi semata-mata nk tngk tempat i'm not single dilakonkan.. cantik permandangan dikelilingi bukit dan sebuah empangan..

balik rumah lebih kurang 8 malam hari ahad baru jejakkan kaki di rumah.. sambung tido 3 hari 3 malam..!!! mengantuk tak sangka2 tapi kami enjoy!!..

Isnin, 8 Ogos 2011

Semoga Di Tempatkan Bersama Golongan Beriman


al fatihah atas pemergian cikgu Ahmad Zoon yg telah kembali ke rahmatullah atas penyakit barah hati semoga arwah ditempatkan bersama - sama orang yang beriman dan beramal soleh.. amin..

Sempat juga aku melawat arwah setelah seminggu keluar dari hospital.. arwah tidak menunjukkan tanda2 sakit kerana tersenyum dengan kehadiran kami kira2 pukul 10 malam hari tersebut..

Pemergian arwah sebulan selepas kematian seorang kawan baik aku rashamir yg kemalangan di RR bagan ajam.. sungguh tidak disangka bahawa arwah kawan baik aku pergi setelah semingu menegur aku supaya membongceng moto dengan pelahan.. semoga ditempatkan bersama-sama org yg beriman.. amin..