Ahad, 27 Februari 2011

~Mencintai Kamu ???


1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

asal mcm ada kaitan dengan aku ja?? hahaha.. tipuu.....

Isnin, 21 Februari 2011

Result STPM TERkeluar ??

TAHNIAH!!

Di kesempatan ini hamba ingin mengucapkan tahniah kepada sahabat2 yang menduduki kertas stpm pada tahun lepas.. semoga kejayaan hari ini akan berterusan dan jangan lah kita leka dan alpa.. kepada yg tidak mendapat keputusan yg cemerlang aq doakan semoga berjaya pada masa kan datang.. insyaallah.. jangan lah berputus asa sbb kegagalan bukan berti kita tewas..

mungkin kalau tidak aku pn akan ambil sijil stpm hari nie.. tapi sbb aku melanjukkan ke poli maka xda la sijil nie.. lau ikot mmg patut aku ambil stpm sbb aq lebih layak kemanusiaan daripada kejuruteraan.. tapi sebab degil x dengaq kata aq memilih kejuruteraan.. lau aq ambil stpm mesty aku akan jd cikgu.. best tu.. hehe..

setiap kali result keluar mesty akan ada rasa iri hati.. bukan sebab aku nak jatuhkan dwg tapi sebab dengki napa la aku x boleh berjaya mcm dwg.. mungkin belum ada rezeki.. tapi lau ikotkan balik dwg sebenar nya sama saja.. cuma usaha ja berlainan.. sbb tu bila result keluaq ja aq xkn tngk kt tv.. sbb aku akan iri hati bila dwg berjaya.. serius aq jeles..

sebenarnya kita nie mempunyai kejayaan yang berbeza2.. kenapa kita mudah putus asa bila kita gagal.. mungkin apa yg kita pilih tu bukan yg sebati dengan kita.. bg aku setiap manusia mempunyai kelebihan masing2.. mungkin si A pandai main bola, si B pandai melukis.. so setiap manusia kt muka bumi ini ada potensi masing2 untuk berjaya..

kalau gagal x berti kau gagal seumur hidup.. cuma masa yg diperlukan untuk kau mendaki.. biar lambat asal selamat.. kalau naik memuncak jatuh terpacak pn x guna kn?? so mcm mana yang kita nak??

bagi yang gagal jangan mudah putus asa ye.... mudah - mudahan segala nya di permudahkan dengan izinnya.. amin..

assalam..


~ Aku KeMbaLI





waahhh dah berhabuk blog aq nie.. sampai abis penuh usang2 nie.. lau nampak dik mak bilik macam nie mau tongkol kayu hingap belakang.. haha.. agak lama la tinggalkan blog nie maklum la dh jadi big boss sibuk la sikit.. hadoiii...

skrg ngah wat latihan industri bagi syarat untuk dapat diploma.. bukan mudah dapat diploma nie.. sakit abis hati sampai limpa sbb bosan kt tempat kerja.. tapi bila bg kerja plak mau tersipu2 malu sbb kepenatan.. jumaat malam sabtu lepas aq ikot overall plant.. kena tunggu plant shutdown bru leh wat kerja.. lau nak mati leh la wat bila x shutdown.. aq stay smpai kul 4 pagi.. penat aq ckp!!! haha..

semenjak 2 menjak nie banyak la kerja.. hadoi tatau nk wat yang mana satu tangan pn dah x cukup.. nasib ada 2 tangan lau ada 6 tangan tatau la mana satu nk buat.. hehh.. report harian naru 40% siap.. tunggu 60 % lg.. tinggal lg 2 bulan.. hadoii..

blog untuk kampung..
oleh sebab ada lama dh x update baru2 nie update tukar baru.. sempoi pnya.. tngk la tangan sapa.. haha.. masuk blog nie dh 3 blog aq buat.. lau dpt duit dh kaya nie.. haha..
klik sini blog kampung

so skrang nie time edit blog yg berhabuk nie lak..
nasib duk wangi lagi..