Ahad, 4 Disember 2011

Projek Terbaru !!..SePuluH Juta Sen!!

Assalamualaikum


Projek terbaru yang dicari - cari telah aku temui.. bukan senang nk cari projek nie tp kalau nk wat projek senang.. hehe.. hasil daripada negara orang putih.. ingat anak melayu tak leh buat ka?? jgn pandang sebelah mata la derr!!!.. Penyelia aku dah bagi green light tunggu Panel je la.. tah apa lagi aku nk auta lepas neh bila nk bentang nanti..


kalau x lepas lagi aku tatau la.. agak2 kalau buat ultraman baru lepas kot.. x pon power rangers!!..

Khamis, 1 Disember 2011

PerMulaan SeBuah PerHubunGan

Pengenalan aku dengan si gadis bukanlah sesuatu yang dijangka.. kami hanya mengenali antara satu sama lain semasa masih bersekolah di tingkatan 6 bawah.. aku merupakan pelajar aliran fizik pada mulanya dan hanya bertukar aliran sebulan kemudian..

Sejurus tawaran aku diterima untuk menukar aliran ke aliran kemanusiaan pertambahan pelajar yang menukar masuk ke sekolahku bertambah dan kemasukkan pelajar baru termasuk si gadis pada masa itu, maka bermulanya pandangan pertamaku pada si gadis..

Kami bukanlah seramah yang disangka.. hanya buat kerja masing-masing.. apatah lagi nak berborak .. tempat duduk aku di dalam kelas betul-betul di belakang si gadis.. tapi bukanlah itu satu kelebihan untuk aku mengenali si gadis..

Lebih kurang beberapa minggu selepas itu aku mengambil keputusan untuk bertukar ke politeknik bagi menyambung pelajaran dalam aliran kejuruteraan kerana asas pendidikan menengah aku ialah kejuruteraan jadi itu adalah sebabnya aku menukar aliran.. ramai jugalah yang tidak menyokong tindakan aku itu termasuklah si gadis.. tetapi itulah keputusan yg terpaksa aku ambil..


Hubungan aku dengan rakan sekelas tidak terputus begitu sahaja.. kami masih berhubung kerana sewaktu aku ingin meninggalkan sekolah, aku ada mengambil no telefon mereka termasuklah no telefon si gadis.. dan pada zahirnya yg aku inginkan hanyalah no telefon si gadis..

Hubungan antara aku dan si gadis bermula apabila aku sering menghantar sms kepada si gadis walaupun pada hakikatnya kami kurang mengenali antara satu sama lain, tetapi itu tidak menghalang kami dari berhubungan.. malah setiap msg aku disapa oleh si gadis yang membuatkan kami makin dekat..

tidak dinafikan pada masa ketika itu hubungan aku dengan ex aku agak sukar untuk dipulihkan.. dan telah terputus di tengah jalan.. oleh sbb aku tiada tempat untuk mengadu aku mula mendekati si gadis untuk menghilangkan kebosanan.. bkn untuk aku mengambil kesempatan.. jalinan hubungan kami tambah erat membuatkan aku tenang untuk melupakan ex aku..

Maka bermulalah hubungan yang makin erat antara aku dan si gadis selepas itu apabila aku sering berbalas msg dengan si gadis..


Pada satu malam sewaktu aku mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan akhir aku mendapat satu sms dari si gadis.. seingat aku si gadis di kampung nya di kedah.. oleh sbb si gadis tak dapat tidur dia menghantar sms kepada aku.. dalam kerancakkan berborak.. aku mencadangkan untuk si gadis membawa aku ke sana satu hari nanti.. lalu si gadis pun berjenaka jika aku jadi pemandu si gadis bolehlah aku ke sana..

Ada satu ketika aku dalam perjalanan ke rumah kawan aku di taiping dengan menaiki motosikal.. si gadis ada melarang aku kerana takut perkara yang tidak diingini berlaku.. masa tu lah aku rasa mcm si gadis take care pasal aku dan hatiku mula terpaut pada si gadis..

Malang tidak berbau.. kemalangan menimpa rombongan kami.. tetapi tidak melibatkan aku.. van yang dinaiki kwnku kemalangan.. mujurlah tiada apa-apa yang berlaku.. sejurus sampai di rumah aku menghantar msg pada si gadis tentang kejadian tersebut.. dimarah teruk aku dibuatnya oleh si gadis..

Malam yang tidak disangka satu perasaan membuatkan aku ingin bertemu dengan si gadis.. aku ingin ke kawasan berdekatan dengan rumah si gadis untuk membeli sesuatu dan kebetulan si gadis pun ingin ke kawasan yang sama.. jadi kami merancang untuk bertemu..

Aku mencari – cari kedai yang ingin dituju oleh si gadis yang rupanya bersebelahan dengan tempat yang ingin aku tuju.. agak sukar jugalah ingin mencari kedai yang asalnya bersebelahan membuatkan aku berpusing berkali-kali.. dan hampir membuatkan aku berputus asa untuk bertemu si gadis.. sehinggalah aku bertemu si gadis yang bersweater pink pada mlm itu di dalam sebuah kedai..

Sejurus sampai di rumah setelah bertemu si gadis perasaan aku seolah2 ada sesuatu yang ingin aku lafaskan.. aku takut aku bertepuk sebelah tangan dan hanya memalukan diri sendiri jika aku berterus terang.. untuk mendapatkan kepastian aku menghantar satu msg kepada si gadis..

"anda didapati bersalah mencuri hati , menceroboh mimpi dan menganggu ketenteraman jiwa saya.. oleh itu anda dijatuhi hukuman mencintai saya seumur hidup anda.. ada bantahan?? "

Aku menunggu dengan resah gelisah.. dengan hanya satu bunyi beeb aku membuka sms yang telah dikirimkan kembali.. si gadis membalasnya jawapannya dengan menyatakan “tiada bantahan”.!! Tiada kata yang terungkap selepas mendapat jawapan dari si gadis..

Maka selepas itu bermulalah hubungan cinta aku dengan si gadis yang aku harap berkekalan hingga akhir hayat kerana aku terlalu mencintai si gadis sepenuh hatiku..

Ahad, 27 November 2011

Projek 20 JUTA!! Lu mau Ke Tamau??


Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.

Assalamualaikum..

Pembentangan Proposal Projek Politeknik yang sunguh sukstress mcm nk menang projek 20 juta je aku rasa.. dah la final dekat projek2 pun tertanguh.. kira beruntung la aku punya seorang penyelia yang bagus kalau mcm group membe aku tu.. mau projek juta2 habuk pun xda.. Hey agak2 la der student pun punyai keupayaan sendiri.. jgn la pula suruh student buat sesuatu yg melebihi keupayaan.. nanti bila x jadi korang juga yang PANGKAH!! [X]..seday!!..

by The way projek akhir aku nie tak la segempak yang di sangka tapi okeyla kalau ikot kemampuan group aku dari buat benda yg dah tentu akan jadi skrap!!.. buat modul latihan untuk student lagi tu.. ingat mudah ke??? Meme nampak 'bodoh' projek tu tapi kegunaan nya bagaimana??? serrrr!!!!

Paling x leh tahan bila Panel tu cakap Projek yang aku nk buat neh leh siap dalam masa 1 jam.. dan yang paling tak tahan dia kata group aku nie dh melebih lecture yg mengajar!!.. Grrr!!! Aku marah neh...

Dalam hati nie ikut kan aku dh lama aku cilikan mulut dia tu.. kalau leh siap 1 jam awat dia x buat untuk kepentingan student?? dari keluarkan duit yang tak patut2 untuk benda2 x penting tuh.. Bek buat benda yang faedah!!.. Helo kalau aku punya projek melebih lecture agak2 la.. ayat tu mmg makan dalam tapi cakap tu tarak guna otak kot.. Memalukan Lecture Poli Semalaya..

Dh kering air liur aku kalau cakap dengan orang yang x paham neh.. dah la aku tempis hampir semua soalan yang Panel bagi.. alih2 panel plak yang x boleh jawab soalan aku.. Putar dari utara sampai selatan.. Panel sampai tanya aku balik nk bagi lulus ke gagal?? Nk je aku cakap lulus tapi ingt panel tadi yang nk gagalkan projek aku neh.. terpaksa la aku gagalkan..

neh projek aku.. bolehke dia siapakan dalam masa 1 jam!!!... haha..

Group lain 2 orang Penal je tapi group aku 5 orang panel.. tipu la aku cakap x goyang sbb aku kena defent projek aku neh!!.. tapi apakan daya kelaut juga akhirnya.. heh.. Apapun Kurangkan Kontroversi dan tingkatkan Prestasi..!!!.. malas nk toucing2 doo!!!.. hehe



Salam Maaf Hijrah 1433H


Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Helaian cebisan kenangan 1432 H sudah menjadi lipatan sejarah. Kini, 1433 H tiba dengan kisah baru yang penuh mencabar. Moga segala amalan kita ditahun lalu diterima oleh Allah dan diganjari dengan sebaik-baik balasan, disamping kita bermuhasabah dengan setiap kekurangan pada amalan dan tindakan kita. Saban tahun, ungkapan “Al-Hijrah” pasti mengingatkan kita kepada sirah yang paling agung dalam lembaran Islam. Namun, sejauh mana pengertian Hijrah, dan segala pengajaran serta manfaat daripada peristiwa tersebut menyerap sebati dalam diri kita? Adakah ungkapan keazaman hanya menjadi adat dan retorik di awal tahun sahaja?

Ayuh kita teliti sejenak, beberapa pengajaran yang boleh kita peroleh daripada peristiwa Hijrah yang boleh dijadikan bekalan untuk kita menempuh perjalan kehidupan kita selama setahun ini.

1) Keikhlasan. Peristiwa Hijrah mengingatkan kita tentang kepentingan keikhlasan dalam melaksanakan setiap pekerjaan dalam kehidupan kita. Hanya semata-mata mengharap keredhaan Allah.

“Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kita dapat saksikan objektif penghijrahan Rasulullah dan para sahabat cukup jelas. Mereka sanggup meninggalkan keluarga,anak-anak,harta-harta dan kesenangan mereka di belakang demi mengejar satu cita-cita yang lebih besar untuk Islam. Mereka membebaskan diri mereka daripada keterikatan kepada nilai kebendaan dan materialistik yang bersifat sementara demi mengejar ganjaran Ilahi. Mereka mendahulukan urusan akidah daripada segalanya.

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik ”

(At-Taubah, 24)

2) Pengorbanan dan perjuangan. Telitilah perjuangan kaum Muhajirin sebelum Hijrah, mereka tergolong dalam golongan yang hebat diuji agamanya, disiksa dan dicengkam Musyrikin Quraisy. Hanya untuk mempertahankan Islam. Mereka kemudiannya berhijrah, membuat satu pengorbanan yang sangat besar, meninggalkan kampung halaman mereka buat sementara untuk membangunkan tapak kepada sebuah ketamadunan Islam sebagai satu strategi untuk meluaskan dakwah Islam. Dan,jangan pula kita menafikan pengorbanan kaum Ansar, yang sanggup mengorbankan segala-galanya untuk membantu dan meringankan bebanan sahabat kaum Muhajirin.

“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman jiwa dan harta benda mereka dengan (balasan) mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar”

3) Ukhuwwah. Peristiwa hijrah juga menunjukkan kepada kita tentang kepentingan nilai persaudaraan dan ukhuwwah sehinggakan menjangkau batas kekeluargaan. Melihat akan kepentingan ini,antara perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, ialah mempersaudarakan kaum muhajirin dan ansar. Nilai inilah sebenarnya yang menjamin kelangsungan dakwah, kekuatan umat dan menggerunkan musuh-musuh Islam. Kita juga dapat menyaksikan setinggi-tinggi nilai ukhuwwah dalam peristiwa hijrah ini,iaitu Al-Ithar (mengutamakan orang lain) menerusi tauladan yang ditunjukkan Kaum Ansar walaupun mereka baru sahaja bertemu dengan golongan Muhajirin.

“Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya”

(AlHasyr : 9)

4) Ikatan Rabbaniyah. Satu elemen yang sering dilupakan oleh kebanyakan orang ramai, setelah berusaha, ialah nilai tawakal. Mudah disebut, namun, hakikat pelaksanaannya sungguh sukar. Tawakal memerlukan hubungan yang erat dengan Allah. Sentiasa merasai kewujudan-Nya walau dimana jua kita berada. Lihatlah bagaimana Rasulullah menenangkan sahabat karib beliau, Saidina Abu Bakar ketika bersembunyi didalam Gua Thur, sedang musuh-musuh Islam sudah hampir menemui mereka. Peristiwa ini diungkapkan didalam Al-quran dan menjadi saksi bahawa Allah senantiasa berada di hati junjungan besar, Nabi Muhammad SAW.

“Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: “Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya.”

( Attaubah : 40)

Saudara saudari yang dirahmati Allah,

Melihat situasi terkini di Malaysia, sememangnya, masyarakat kini berhadpaan dengan satu suasana yang sangat membimbangkan. Pelbagai ancaman dicatur secara teliti oleh musuh-musuh Islam yang sememangnya tidak mahu melihat Islam tertegak diatas muka bumi. Mereka berusaha sehabis mungkin untuk menjauhkan keperibadian muslim dalam sosok peribadi orang islam, mereka ingin melemahkan pemahaman Islam di kalangan penganut agama Islam. Mereka tidak akan pernah rela akan tertegaknya tamadun Islam! Serangan-serangan arus pemikiran dan ideology yang merosak, hiburan-hiburan melampau, keinginan-keinginan peribadi yang hanya mengikut hawa nafsu, perpecahan umat dan bangsa, semuanya telah diatur dengan perancangan yang sangat rapi dan akhirnya kini, ia kian meresap sebati dalam masyarakat kita. Mereka seolah-olah sedang menonton plot-plot cerita yang sedang berjalan seperti yang dirancangkan.

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)”

(Al Baqarah : 120)

Oleh sebab itu, saudara saudari sekalian.

Keperibadian dan keutuhan jatidiri merupakan aspek yang penting dalam mengharungi cabaran dan kepincangan yang sedang melanda kita hari ini. Kita perlu hayati dengan sepenuh jiwa dan raga,segala intipati dan manfaat daripada peristiwa hijrah, yang sekurang-kurangnya mampu melindung kita daripada tersimpang jauh tersasar dari landasan kebenaran. Perkuatkan kefahaman aqidah dan agama kita, jauhi perkara-perkara yang menjadi perselisihan antara kita. Disinilah akan teruji nilai ukhuwwah sesama umat Islam. Terlalu banyak tugas kita dalam memberikan kesedaran untuk mengembalikan masyarakat ke landasan yang lurus. Kita tidak mempunyai banyak masa. Lakukan perubahan bermula dengan diri sendiri. Latihlah diri untuk melazimi segala tuntutan-tuntutan Allah dan Rasulnya. Hanya nilai taqwa yang akan membezakan neraca pandangan Allah terhadap hambanya.Cukuplah Allah bagi kita sebagai teman dalam perjuangan membangunkan umat ini.

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.


“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”

(Ar-Ra’ad : 11)

"Hidup Mulia Atau Mati Syahid"

Ahad, 20 November 2011

Penang Fa Akhirnya Di Swastakan (Penang Aucms)


Salam

Mungkin ramai peminat Pasukan Harimau Kumbang belum mengetahui status pasukan kesayangan mereka di Liga Fam pada tahun 2012 yang telah pun di swastakan kepada satu kolej tempatan untuk menguruskan pasukan harimau kumbang bagi musim 2012/13..

suntikkan dana sebanyak 4 juta kepada Pasukan yang akan di selia oleh Aucms sendiri dimana Fap hanya akan menguruskan pasukkan Piala Presiden under 23 sahaja.. hal ini akibat masalah kewangan yang sering membelenggu pasukkan Harimau Kumbang ini.. Dimana tiada sokongan kewangan daripada Kerajaan 'Negeri' disebabkan masalah jati diri Kerajaan negeri sendiri..

sesi pembentukkan pasukan ini dalam keadaan siap sedia apabila pemilihan pemain telah dibuat dan senarai akhir akan dikeluarkan sebelum 30 November 2011 yang mana tarikh tutup pendaftaran pemain pada 8 disember 2011..


Semoga Penang Aucms akan terus melangkah maju bagi memartabatkan Pasukan Bolasepak di Pulau Pinang.. amin..

Branden Gan Kembali ke Malaysia

salam..

Malam yang sunyi sepi neh aku nak kongsi langsi dengan kawan - kawan peminat bola sepak tentang kelibat seorang pemain malaysia yang satu ketika dahulu disebut - sebut untuk untuk mewakili malaysia dalam kejohanan AFF 2010.. tapi Fam tido sampai berdengkoq apa pun aq tatau depa buat.. sbb tu peminat suka hacker web Fam.. adoii...

budak branden nie ada pertalian darah dengan Malaysia sbb pak dia org nogori sembilan.. set2 jang jugak la budak nie nie.. antara pemain terbaik liga australia yang bermain untuk Sydney Fc pada tahun 2011.. dan akan mewakili Sabah Fa musim liga 2012 di liga Malaysia..

melalui FB north borneo utras kata dia dah ikat kontrak selama 2 tahun untuk bermain di Sabah Fa.. dan diharap dengan kelibat pemain ini jika dapat membantu Malaysia usahlah dibuang begitu sahaja.. apa aq boleh buat aq belum sign kontrak dengan Fam.. so xleh wat apa lah.. merenung masa depan ja la..

sekian

Khusus Wiring Di Institut Teknikal Jepun-Malaysia

salam..

Khusus Wiring pada 28 dan 29 Oktober 2011..
Dalam kesibukkan di Politeknik dapat juga ruang mencelah untuk menyertai khusus luar untuk keperluan sampingan dan menambah ilmu.. free lagi tu.. rugi la kalau tak ikot..

Dalam khusus nie waktu nk gabungkan wayar lah yang paling serabut.. sbb kepentingan gabungan wayar tu kalau silap gabung atau pengalir tak sampai bagaimana aliran elektrik nak mengalir.. bila nak memaku pun sampai tangan2 diketuk maklumlah paku kecik dari jari.. org kata tangan mau kemaih!!!..

hasil yang dapat daripada tatau langsung.. jangan mengata ye!!.. hehe.. dah siap tapi aliran tak smpai sbb wayar bumi dengan wayar hidup lupa pasang.. adoiii.. malu3..


jelas kegembiraaan terpancar pada muka peserta2 khusus selepas sambungan siap dipasang dan selamat untuk digunakan.. senyuman yg mengoda.. nasib baik aq elak!!!.. sabo je la..

Rabu, 5 Oktober 2011

Kemenangan Pertama, Kemenangan Bergaya


salam

akhirnya kemenangan pertama yang dinantikan muncul setelah pasukkan LBKP FC menewaskan pasukkan Mengkuang FC di padang labuh banting.. kemenangan setelah mengalami 2 kekalahan berturut-turut 3-1 dan 6-0 di tangan pasukkan Mengkuang FC..

separuh masa pertama pasukkan LBKP ketinggalan 2-0 di tangan Mengkuang FC walaupun memberi cabaran sengit.. separuh masa kedua aq memasukkan Amiruddin di bahagian pertahanan bergandingan dengan danial, pada bahagian tengah kemasukkan seorg player baru membuahkan hasil apabila LBKP FC mengikat kedudukan 2-2..

walaupun satu ketika ketinggalan 3-2 pasukkan LBKP FC berjaya mengejar kedudukan dan seterusnya mendahului 4-3 sekaligus menang ke atas pasukkan Mengkuang FC setelah tiupan visel pengadil perlawanan..

walaupun pasukkan Mengkuang FC sering mendapat pelawanan2 yang hebat termasuk bermain di stadium batu kawan dan termasuk tajaan yg hebat.. pasukkan LBKP FC berjaya juga mengalahkan pasukkan ini..

rancak nya sembang pasal bola.. aq dah dekat 3 bulan melatih pasukkan LBKP FC walaupun hanya terdapat sedikit tajaan tapi pasukkan nie merupakkan pasukkan pertama yang aku latih.. permulaan untuk aq jadi jurulatih bolasepak.. hehe.. hope mencapai impian 'ngeri' tu!!

Ahad, 25 September 2011

programmable logic controller di telok dalam resort Pulau Pangkor

Salam..

16 hingga 18 september yang lalu khusus PLC atau Progmmable logic controller telah diadakan di Pulau Pangkor di telok dalam resort.. fuhh ingatkan pergi bercuti neh boleh larikan diri dari kesibukkan di Politeknik rupanya tambah teruk.. dah la kerja banyak ditambahkan lagi dengan projek makin bertambah..

projek bagi PLC nie kami ditugaskan untuk buat Trafik Light dengan masukkan program dalam mini PLC untuk dimemorikan.. smpai tertido atas lantai punya pening kepala nk buat program.. masa cuma habis kt model tu pun pecah peloh lagi..

oleh sbb team aq last-last minit mcm2 problem yg timbul so projek aku gagal di pangkor dan terpaksa buat balik kt poli.. kan dh buang masa.. tp takpala angapla tu dugaan sbb team aq mmg berusaha lebih cuma xda luck ja..


huhu.. aq as team leader terpaksa la ambil tanggungjawab untuk beli balik semua peralatan yg diperlukan untuk buat projek bagi kali kedua.. tapi alhamdulilah sempurna.. sekarang aq dh tau mcm mana nk program Trafik light dan wiring.. hahaha.. (gelak bangga!!!)

Rabu, 14 September 2011

kerja makin belambak, otak mula mengila..!!!

Salam..

ari neh dapat lagi satu assignment yg ke lima dan perlu siap dalam tempoh segera.. Haha.. dah la assignment belunguk yang tertangguh proposal projek plak meragam.. macam2 betul lah.. hujung minggu nie dh la takda so terpaksala korbankan masa dan tenaga untuk habiskan proposal tuh.. alahai..

proposal bikin aku panas!!..
group member aku bkn nk mengata tapi komitmen hampeh ja rasa sakit hati.. kalau ikot nk ja maki.. tapi satgi terasa sampai mati aku juga susah.. apa-apapun haria tetap haria!!.. pembentangan projek tinggal 3 minggu lagi.. lawatan projek ke Polimas pun masih tertangguh..
alahai..

sukarnya hidup sebagai student mcm neh.. mcm mana la nak sambung degree dalam kejuruteraan lepas neh.. haiya.. kena ambil jururawat la mcm nie.. haha.. best pun best.. layan..bikin serabut aja..

Layan Angry Birds lagi best.. Hahaha!!!

Ahad, 11 September 2011

SElamatkah Maruah Bolasepak Pulau Pinang???


Salam..

Empat Bulan sudah sidang dialog antara Kepimpinan FAP dan penyokong Tegar di Hotel Naza tallia Batu Feringgi.. so FAP nie masih buta Atau masih sengaja membutakan Pintu hati.. dah la Terhumban Ke liga Fam.. makin pelingkup la.. ingt lagi masa aku kt hotel naza tallia tu.. yg FAP duk kondem Player, pastu Player plak kondem FAP.. apa pun tak dapat.. Antara Bangang dalam sejarah Berpuluh Game hanya menang satu ja.. hampeh!!!...

Cakap saja Game Penang Berapa sangat aku Miss??? walaupun hanya lebih kurang 20 orang penyokong.. aku masih ada situ.. even setiap game kalah.. aku usha panas ja dari jauh.. kalau maki tu ada la sikit-sikit tu pun sbb sakit hati.. dengaq cakap2 mulut hampa main rasuah lagi la terkumit mulut aku nie mengata hampa..

Dey tayah tipu la.. USM Fc sndri malam tu player dijanjikan 10k seorang kalau menang tapi USM Fc kalah hari tu.. makna kata suap lagi tinggi la tu.. tambah senior2 dalam Pasukan Penang.. sebut nama pun org tau da!!...

aku dengaq-dengaq kabar angin pun ada yg kata pemilihan Player kali nie ada yang guna Kabel.. apa Badiol bin sambol sangat neh?? ingat beli pasar malam ke??? patut la asyik kalah ja.. duk la hampa dalam liga fam tuh.. Tapi dengaq kata je la USM ngn Mp Muar Nk 'out'.. so hampa ingt hampa boleh ka dapat tempat tu??

Zahrin malam tu duk bambu Player tapi aq boleh terima gak apa dia kata.. Ramai nak dia keluar tapi siapa nk ganti dia?? suh Lim Wang End?? dia ngn bebudak Dap duk bambu Zahrin ja pastu tak tolong pun.. sembang bisnes ribu2.. cam seh!!! mlm tu aku sembang dengan dato zahrin sama dato salleh dua2 tak dapat kata putus so tatau lah sama ada Fap nk dipelingkopkn ke hape pasneh pun tatau la!!

untuk astro jgn duk wat sehhh sngt ingt tatau ka hampa tak kasi hak penyiaran?? pengulas sukan RTM tu sndri cakap kt aku.. nasib baru2 nie hampa bagi balik.. so konflik setel!!..

wsalam

Jumaat, 19 Ogos 2011

Kebangkitan Bola Sepak Malaysia Di MaTa Dunia


kini menjadi milik tony

QPR sah milik Tony fernandes.. dengan memiliki saham sebanyak 66% kini QPR ialah kelab kedua yg dimiliki oleh Pemilik dari Malaysia.. sebelum ini sebuah lagi kelab dari England iaitu Cardiff city yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan dan Dato Chan Tien Ghee.. Dato chan juga memiliki seorang anak yang mewakili cardiff city iaitu nicholas chan yang kini pulang untuk beraksi di Kelantan..

bangga weh sebagai rakyat malaysia.. bukan senang nk memiliki kelab yang bertapak di England dan seterusnya membanggakan Malaysia seperti pada perasmian pemilikkan Cardiff city yg mana seorang budak berpakaian baju melayu mengiringi para pemain..

isaad Nabil yang berbaju melayu bersampin serta bersongkok

kini Malaysia sekali lagi menjadi kebanggaan apabila terbentang nama MALAYSIA di jersi Cardiff city sebagai penaja utama kelab tersebut..


jersi baru cardiff yang terbentang nama 'Malaysia'

apa lagi yang Malaysia kurang?? kelab EPL dh ada dalam tangan.. player2 malaysia ramai yang bagus2.. Produk Malaysia kian laku seperti safee sali yang berkelana di indonesia.. pulang ke malaysia sebagai hero.. dulu nk jaring sebijik pun payah sekarang mau tak mau ada sebijik dua.. Produk terbaru Baddrol bahtiar dan wan zack haikal yang diberi tempoh percubaan oleh kelab EPL wigan athletic..

Jika indonesia berbangga dengan Pemain Neutralisasi.. Malaysia turut mempunyai Pemain Neutralisasi seperti brendan gan yang beraksi bersama Sydney Fc(Australia) , tadashi takeda yang beraksi untuk Fagiano Okayama Fc(Jepun), titus james palani yang beraksi untuk Nanteuil FC (Perancis), Shaun maloney yang beraksi untuk Celtic Fc kini telah mewakili Scotland.. bnyk lagi la seperti wan kuzain wan kamal, tan sheang sung..


brendan gan pemain terbaik Australia bapanya dari negeri sembilan

Kita juga mempunyai kepakaran jurulatih terkemuka seperti Lim Teong Kim yang mendidik pemain2 di bayern munich bawah 19 tahun sebagai penolong jurulatih.. beliau turut berjaya melahirkan pemain berbakat seperti pemain antarabangsa jerman Thomas Muller..
so apa lagi yg malaysia takda untuk layak ke Piala Dunia???

Selasa, 16 Ogos 2011

Sedar Dalam Tak Sedar ??

Cepat nya masa berlalu.. dalam keghairahan menyambut bulan ramadan sedar tak sedar sudah separuh bulan atau 15 hari kita berpuasa.. so betul la kata org-org tua pejam celik - pejam celik dah abis..

ramadan kali ini disambut dengan sederhana maklum lah dh dewasa takan nk perangai mcm budak2 lagi.. dlu masa budak2 lagi sakan satu kampung pusing jelajah tiap malam.. maklumlah hantu xda bulan ramadan.. hehe..

Port beli mercun?? keje mudah je tu.. dari mula jalan masuk kampung sampai kampung jiran punya jiran.. semua tau.. tapi tu masa budak la.. sekarang nie nk beli mercun pun pikir 2/3 kali.. xpe la layan bunga api dengan adik je la.. hukhuk..

ingat bulan puasa nie bolehla kurus.. tapi nafsu makan makin membuak2.. adoiiiyaa.. selagi tak tido selagitu la mulut nie tak berhenti dan mengunyah.. sekarang terkalih pula 'hidup untuk makan'!!!

GRAWR Pictures, Images and Photosfunny gif Pictures, Images and Photos

dah pertengahan ramadan nie!! Tolong La sedar!!! so apa kelebihan bulan ramadan kali nie bagi kwn2 blogger?? adakah lebih baik dari sebelum nya atau sebaliknya?? renung-renungkan lah dan selamat beramal..


Selasa, 9 Ogos 2011

SetahuN Dalam KenanGan ( Tragedi Bulan Puasa )

aL kisah Bulan Puasa tahun lepas...
Masa tu rasa2 nya cuti semester ramai budak2 balik kampung so tak ramai la yg tinggal jadi satu malam tu duk termenung timbul idea nk turun KL.. pikir punya pikir kereta dah ada apa lagi lebih kurang pukul 1 pagi pun kami berangkat laahhh..

mengambil masa 1 setengah jam dr penang bertolak untuk smpai ipoh.. so nk save kan bajet dr ipoh kitaorg pun follow la jalan biasa smpai kampar pastu tapah terpaksa naik highway balik sbb jalan gelap dan bnyk lori.. polis trafik pun bnyk tak larat nk berhenti.!!

smpai Damansara di satu kedai nasi kandar mamak kami berhenti dan sahur untuk pagi tu.. lepas je sahur kitaorg gerak turun shah alam berpusing2 sejam untuk cari jalan keluar untuk ke pusat bandar.. sesat kot!!.. hingga la smpai ke destinasi pertama...


smpai tugu negara pukul 7 pagi.. lepak lebih kurang sejam duk buat ramai kt situ ambil gambar dan posing2..

tiba2 je jumpa tugu negara yg pelik nie !!! nyaris2 la nk masuk metro... haha

tugu negara nie lagi la pelik.. nasib la takde org kalau tak dh lama kena tembak... haha..

pukul 8 pagi singgah di sebuah masjid dan terlelap smpai pukul 12 tengahari.. layan der tido dlm masjid.. sejuk je rasa.. hehe.. bangun mandi, solat dan teruskan perjalanan ke KLCC..

kl KLCC lepak2 dan minta sorang owg putih suh tangkap gambar neh.. ada member tu perabih duit beli seluar Rm200 rat kena telan oleh mesin kad kredit!!

abis KLCC yg begitu sesak kitaorg OndaWay to Putrajaya!!.. smbil2 lepak kt monumen tu smbil memikirkan tempat nk tido.. pastu Guard tu ofer umah sewa member dia.. calling2 terima tawaran umah sewa.. g bazar beli makanan di depan masjid besi... ondaway umah sewa!!..

makan kenyang smpai je kul 9 mlm semua terbaring dalam bilik.. umah bersepah dengan makanan berbuka tu.. bangun pukul 5 pagi dan turun kedai mamak bawah umah sewa untuk bersahur.. lepas sahur aq, joy, shah keluar lepak tngk pemandangan pagi Di Putrajaya.. ipe g balik bilik untuk tidur..

balik ikot jalan lama g bukit tinggi semata-mata nk tngk tempat i'm not single dilakonkan.. cantik permandangan dikelilingi bukit dan sebuah empangan..

balik rumah lebih kurang 8 malam hari ahad baru jejakkan kaki di rumah.. sambung tido 3 hari 3 malam..!!! mengantuk tak sangka2 tapi kami enjoy!!..

Isnin, 8 Ogos 2011

Semoga Di Tempatkan Bersama Golongan Beriman


al fatihah atas pemergian cikgu Ahmad Zoon yg telah kembali ke rahmatullah atas penyakit barah hati semoga arwah ditempatkan bersama - sama orang yang beriman dan beramal soleh.. amin..

Sempat juga aku melawat arwah setelah seminggu keluar dari hospital.. arwah tidak menunjukkan tanda2 sakit kerana tersenyum dengan kehadiran kami kira2 pukul 10 malam hari tersebut..

Pemergian arwah sebulan selepas kematian seorang kawan baik aku rashamir yg kemalangan di RR bagan ajam.. sungguh tidak disangka bahawa arwah kawan baik aku pergi setelah semingu menegur aku supaya membongceng moto dengan pelahan.. semoga ditempatkan bersama-sama org yg beriman.. amin..

Rabu, 27 Julai 2011

Ramadan Datang Kembali !!..


Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah

Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.

Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.

Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.

Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

Tahniah Dari SeOrang "Teman"


Tahniah!!!

Ainina Shakira yang berjaya melanjutkan Pelajaran Ke Universiti Malaysia Pahang
Dian Angreny yang berjaya melanjutkan Pelajaran Ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Nur Diana yang berjaya melanjutkan Pelajaran Ke Universiti Utara Malaysia

semoga saudara terus berjaya mengejar impian masing - masing dan berjaya dalam hidup.. jadikanlah permulaan di Universiti sebagai titik tolak untuk kejayaan mendatang.. amin..

tiada apa yg boleh dibuat atau diberi hanya sekadar doa yg dipohon untuk kejayaan saudara..
- ikhlas dari seorang teman -

SeTahuN Dalam Kenangan

Pejam celik Pejam celik
dh setahun rupanya kenangan berlalu masa ak jejakkan kaki ke tapah tempoh hari.. mmg ikot hati tak semena - mena aku terlibat dalam aktiviti nie maklum lah ak orang luar.. buat - buat muka tak malu je la.. kalau muka 50 sen boleh tahan lagi nie muka sePosen!!!

lata kijang fes time ak jejak kaki kalau tak naik highway pandang dari jauh je.. sambil melihat air terjun nun tinggi di sana tertiba ranting2 pokok jatuh nasib pakcik sempat elak kalau tau mau benjol jugak kepala..

rasa nya pic nie snap masa kt air panas tak pun masa kt lata kijang tapi rasa2 kt air panas la..

masa dalam bas.. ingt lagi budak depan tu la yg kejang kaki terpasa ak papah dia nie bas.. pelik2 tertiba boleh kejang..

rasa diri nie mcm budak2 tingkatan 3 je.. haha.. bkn apa dulu last sekolah pun join kem or papa masa tingkatan 2 tu pun g Genting Highland..


tinggal kenangan.. rasa nk nyanyi la pulak..!! haha

kalau ingatkan balik kenapa ak boleh join aktiviti nie semata - mata untuk satu hasrat iaitu mendapatkan balik 'cinta' aq.. tapi apa pun yang terjadi yang berlalu dan yang lepas biarlah menjadi sejarah untuk perjuangan yg akan datang...

Rabu, 20 Julai 2011

Pol[i] AkU KeMbaLi !!!

Naruto Animation Pictures, Images and Photos

aku daftar balik poli 1 julai lepas.. sayu gila sbb kena balik stdy kt poli.. lepas nie wajib kena bangun awal pagi pergi kelas.. ikot rutin baju mesty masuk dalam , rambut mau pendek, pakai kad matrik.. caikk!!!

fes day kelas dengan En. Bob !! OMG!! dah agak dah mesti ontime punya kalau balik mesti tepat waktu.. aku pun tatau apa dia bebel smpai kul 4 ptg ari tu.. kalau stdy tu boleh la tahan nie cerita bukan - bukan.. selamat kembali ke poli la, pasal jadual waktu kembali kul 8 la, tu tak masuk lagi cerita ayam dia nk beranak.. haha.. hang!!! betul la..

next day !!! kelas batal.. horeyykn je la.. hehe.. biasa la minggu pertama stdy mesty banyak miss kelas.. nanti dah hujung2 kelas mesty bersusan la jadual ganti.. silap ari bulan malam - malam pun ke kelas nya..

kelas engineering math 4.. fulamak.. tade mukadimah nya.. masuk2 terus stdy.. mmg terbaik la puan!! .. serius cakap kalau sembang sal 'Paskal Triangle' mmg beku otak walaupun benda tu simple gila.. maklumlah 7 bulan tak mengira.. adoiii.. alahai nasib!!

temuduga 'Praktikal' ngn bini En kamil.. kalau dapat En kamil gelak ngn dia pun dah lulus.. haha.. ini dapat bini dia.. nasib 'cun'.. aku ada la tanya dia temuduga pakai T-shirt boleh pn.. tarik muka manja bai.. haha.. kena pakai baju kemeja kemas dan rapi berkasut lagi..

wa.. wa.. wa..

OMG!!!!

Isnin, 21 Mac 2011

~ HikaYat dUo bOaH noGara


pintu masuk sempadan antara malaysia dan thailand.. waktu operasi 7pg hingga 7mlm ja.. kalau lewat cri la pintu lain..


pengesahan passport antarabangsa.. kt sini la kena cop passport.. pastu masa nk balik malaysia.. depan skit lepas ini ada tempat org siam duk jual barang..

pekan satun.. di mana di sini kami temui orik yg dijual dengan harga 1800 bath.. tapi kami beli yang 1000 bath ja.. orik nie spesis tupai yg x ganas macam tupai malaysia.. dia makan susu kalau tupai malaysia.. mau ditokak(gigit) tangan kita.. heh

kenal ini apa?? inilah hamtaro.. leh layan ntv7 dulu ada cita kt tv.. hakhak.. jumpa masa kt pekan satun.. bukan tikus tapi sejenis arnab..

ini?? ntah menu makanan.. aku pegang sambil gelak.. sbb tatau apa dia tulis.. hampa paham?? hehe..

bas haadyai - satun.. jumpa masa balik dari beli nenes buatan thailand.. bas ada turbo oooiii..


nenas yg tah berapa kilo.. serius besar dan xda duri.. tapi x ambil la tali tape brapa ukuran nenas nie..


umah sepa tah nie?? saja singgah.. 3 juta harga rumah ni.. buat tangga dekat 3 tahun baru siap.. tapi lau tengok dalam 3 juta tu berbaloi la..