Khamis, 29 Julai 2010

~ pada MU ku bersujud..


Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat

Selain hanya nama-Mu ya Allah
Esok ataukah nanti

Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia

Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa
Ampuniku ya Allah

Yang sering melupakan-Mu


Rabu, 28 Julai 2010

~ aplikasi FB yg sengal..

aplikasi neH!!!

aq ada la test aplikasi neh..
dya kta who hate and who love you..
then aq letak nama2 member aq..
then aq terpikir nama seorg tu..

tau apa JAWAPAN dya???
she love you but she in relationship with other person..
henk!! sengal betul..

Selasa, 27 Julai 2010

~ Luar konklusi ku..

loji arang batu manjung?? PON boleh!!


buntu3!!!..
kt mana la aq nk wat LI neh..
MALAKOFF or TNB???
cabaran3!! dugaan3!!
still nk ambil power plant ke or boiler kt kilang ja??
huhh!!

~ peace LOVE rugby

nate g la mug.. kaco kawe ja..


ragbi oh ragbi
akhirnya aq dapat gak top 20 player untuk ke shah alam..
tp penyertaan untk 15 ja.. still ada lg pemilihan neh..
aq hanya dpt g shah alam tp sebagai player belum tentu lg..
okey la 2 kira sebelah kaki la..
papehal pn dh syukur kot..
aq x mampu nk bawak dh..
pas ja game MSP kt shah alam nie aq nk berhenti kot..
jadual waktu aq pn x menentu..
setiap hari g poli kul 8 pg blik kul 7 mlm.. letih kot..
so aq nk tumpu kn pd pelajaran dlu..
next time mungkin kita jmpa lg..
daaa...

Isnin, 26 Julai 2010

~ Kawan Aku Kata

View Image
apa yang aku belajar hari ini..

Sabar ..

Ikhlas ..

Redha..

Ahad, 25 Julai 2010

~ Blog kg ciptaan kami..

my best team!!!



ini lah link blog kampung ku..
hasil kerja keras di cameron highland selama 3 hari 2 mlm..
naib johan blog kampung seberang perai tengah..
hehe..

adios babeh!!!...


~ May allah bless you



bismillah...
YA ALLAH kau permudahkan segalanya untk hamba mu ini..
berikanlah dia dengan kesabaran dan kekuatan..
berikanlah dia dengan keberkatan..
jauhkanlah dia dr mudah berputus asa..
mudah - mudahan kejayaan datang menjelma..
..insyaallah..

harap2 ini akan menjadi doa dari setiap pembaca..
amin..


p/s :kepada diana hope dapat tempuhi segala halangan dan cabaran.. jangan mudah berputus asa.. kegagalan mengajar kita erti kejayaan..moga jadi finalis yg terbaik.. insyaallah.. amin.. hope BERJAYA.. dengan izin ALLAH..

Ahad, 18 Julai 2010

~ sunGGuh aku Tertekan..

arghhhhhhh!!!
ang napa nie.. tolong la jauh dr ingatan aq..
TOLONG la jgn ganggu aku..
tOlong3!!!
tau x aku PALING BENCI ang skrg..
sengal..
blah Dr HIDUP akuuu!!!!

Ahad, 11 Julai 2010

~ nota C[!]nta..

"Hari ni, saya menang pertandingan pidato di sekolah. Esok, saya ada lagi pertandingan bahas. Lusa pula, ada persidangan di UIA. Awak jaga diri sementara saya takde ye? Bukan saya tak nak mesej, tapi saya sibuk. Jangan tinggal solat."

Hafiz membaca mesej itu dengan perasaan berbunga. Wardah, gadis yang memang disayanginya dari dulu lagi. Wardah, bagi Hafiz memang sesuai dengan namanya. Wardah memang sekuntum mawar nan indah. Harum mewangi. Sukar didekati dan indah di hati.

Namun Hafiz tidak pernah bertemu Wardah. Sekadar mendengar suaranya yang lunak dan bisa menggugat hati. Bukan dia tidak berkeinginan untuk bertemu, namun tempat tinggal mereka sangat jauh. Mereka berkenalan melalui seorang kawan pada dua tahun lepas.

Wardah tersenyum. Selama 2 tahun perkenalan mereka, Hafiz menjadi permata hatinya. Wardah memang seorang wanita solehah. Namun perkenalannya dengan Hafiz menjadi titik tolak perubahannya. Dia lupa makna zina hati yang dia laungkan pada tazkirah di sekolah. Dia lupa pesan ustazah agar jangan bercinta pada usia muda, tambahan lagi untuknya yang masih bersekolah. Apatah lagi dia akan menduduki peperiksaan besar SPM pada tahun itu.

“Wa, aku tengok kau dah lain. Kau dah pandai layan lelaki kan? Aku tahu kau sukakan Hafiz tapi ingatlah Wa, cinta sejati hanya pada Allah,” Ujar Fiza, sahabat Wardah pada suatu hari.

“Fiza, aku kan masih solat? Lagipun kami berpesan-pesan ke arah kebaikan. Seperti yang dianjurkan Islam,” Balas Wardah, agak teruji.

“Aku rasa kau dah salah konsep, Wa. Dah habis ke perempuan kat sekolah ni? Ramai lagi aku tengok yang tudung ‘pakai buka’, berkepit dengan jantan sana sini, kau tak nak berpesan-pesan ke arah kebaikan untuk tu ke Wa? La taqrabuzzina, janganlah kau mendekati zina. Wa!”

“Aku harap kau janganlah masuk campur. Soal zina, tak perlu kau ingatkan aku. Aku dah cukup faham maksud itu. Kami tak pernah bertemu. Macam mana kami berzina?”

“Kau dulu pernah beri tazkirah soal zina hati. Takkan lupa? Bila hati saling mengingati, aku tengok kau dah lalai! Lagipun, Allah larang kita mendekati zina, bukan melakukan zina. Kau belum terlewat untuk bertaubat. Lupakanlah Wa, apa tak cukupkah Allah sebagai kekasih kau? Dia yang menemani kau siang malam, Yang Maha Mendengar setiap luahan hati?”

Wardah terdiam. Namun baginya ungkapan Fiza hanya mencurah air ke daun keladi. Dia ingin Hafiz menjadi miliknya!

Hafiz menikmati makan malamnya dengan lahap. Hari ini kepenatan menjeratnya kerana terlalu sibuk dengan tugas kepimpinan di sekolahnya. Namun, Hafiz bersyukur diberi peluang sebegitu. Dia tidak mengeluh dengan tugasan seperti itu. Baginya, segala-galanya adalah tanggungjawab yang diamanahkan. Dan tugasnya adalah sebagai pelaksana.

Mungkin hari-hari Hafiz tidak seindah ini jika Wardah tidak menemani hidupnya. Walaupun Hafiz menyedari hakikat bahawa mereka menghampiri zina, Hafiz sentiasa terpukau dengan janji manis Wardah bahawa mereka hanya berkawan. Namun perasaannya sukar ditepis sama sekali. Dia manusia biasa yang tidak mampu menafikan perasaan cinta yang mula bertunas dalam hati.

Telefon hafiz berdering.

Pantas Hafiz menggapai telefon bimbit di meja. Panggilan dari Wardah

“Hafiz?”

“Ya, saya,”

“Awak sayang saya?”

“Emm, kenapa awak tanya?”

“Saya tanya sebab nak awak jawab,”

“Wardah, awak perempuan terbaik yang saya kenal. Tak mungkin tiada perasaan cinta saya terhadap awak,”

“Awak cintakan saya?”

“Ya, saya cintakan awak,”

Dan malam itu menjadi saksi antara dua jiwa itu. Sesungguhnya begitulah syaitan merasuki kita, secara terang-terangan ia bukanlah cinta yang hina, namun menjebakkan dua insan itu ke alam yang melalaikan.

“Aku nampak semalam kau keluar dengan Ina?” soal Hafiz curiga. Perbuatan sahabatnya, Aiman, menggugat ketenangan dan kewibawaannya sebagai seorang sahabat karib.

“Jadi?” Aiman seolah-olah mencabar Hafiz.

“Aku tak suka. Perkara tu Allah larang,”

“Hafiz, Hafiz! Mentahnya pemikiran kau. Macam mana pula soal hubungan kau dengan Wardah? Kau ingat aku tak tahu? Habis, yang kau bercinta dengan dia tu? Ada Allah suruh?”

“Aiman, kami bercinta cara Islam. Sekurang-kurangnya lebih baik daripada engkau!”

“Ahh, bercinta secara Islam. Kenapa ramai yang kabur dengan persoalan itu? Bukankah itu tipu daya syaitan. Walaupun aku dengan Ina, aku dan dia tidak hipokrit macam kau! Ketua pengawas apa kau ni? Sebelum kau kata baju orang lain kotor, tengok baju sendiri, itu nasihat aku!” kata Aiman berang sambil berlalu pergi.

Hafiz tertunduk di situ, di sebuah taman berhampiran rumahnya. Dia menundukkan kepalanya. Perlahan-lahan, dia berjalan pulang. Dalam perjalanannya, dia bermuhasabah. Ya Allah, dosakah aku? Aku marah apabila sahabatku menghampiri zina namun aku juga begitu! Aku ke surau namun aku juga menghampiri lembah syaitan. Manusia apakah aku?

Malam itu Hafiz bertahajud. Bermunasabah dan merenungi segala dosa-dosanya. Bagaimana suara Wardah yang mencairkan hatinya, dan bagaimana dia asyik melayari alam percintaan dengan Wardah. Dia senang begitu, bermunajat sendirian dan mengadu pada Allah. Biasanya pada malam-malam begitu masanya dihabiskan dengan menelefon Wardah hingga lewat pagi. Namun malam itu dia selesa menutup telefonnya dan menyerah pada Allah. Malam itu juga dia harus membuat keputusan.

“Eeesh! Mana Hafiz ni! Biasanya dia telefon aku, ni, mesej pun takde! Telefon pulak off! Dia ada perempuan lain ke?” rungut wardah sendirian. Hatinya gelisah. Walaupun jam menunjukkan pukul empat pagi, namun dia setia menunggu Hafiz. Dia mahu tunjukkan pada Hafiz bahawa dia gadis yang sabar, mungkin, Hafiz mempunyai urusan yang perlu diselesaikan.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Dia menerima mesej daripada Hafiz.

“Wa, jangan tipu saya lagi! Cukup sampai di sini hubungan kita!”

Wardah terkesima. Dia buntu, apa yang Hafiz maksudkan? Perlahan-lahan, dia membalas mesej itu.

“Apa maksud awak? Awak tak sayang saya?”

“Sudahlah Wa. Pergilah dari hidup saya. Saya tak perlukan perempuan macam awak lagi!”

Wardah mula menitiskan air mata apabila mesejnya tidak dibalas. Dia beberapa kali menelefon Hafiz tetapi tidak berjawab. Kali ini dia pasti, Hafiz akan meninggalkannya tanpa sebab!

3 bulan berlalu dengan perit. Wardah sedaya upaya melupakan Hafiz. Setiap hari Wardah memeriksa peti emelnya sejak Hafiz memadam telefonnya. Hafiz pasti akan meninggalkan sesuatu! Hafiz bukan sejahat lelaki lain. Wardah tahu itu semua.

Hinggalah pada suatu hari, Wardah memperoleh berita yang dinanti-nantikan. Terketar-ketar jarinya tatkala membuka emel yang bertajuk ‘Nota Cinta’ itu…

Subject:

Nota Cinta

From:

“Hafiz Haikal”

To:

wardah@yahoo.com

Assalamualaikum...

Kehadapan Wardah, mawar yang dirahmati Allah

Mungkin semasa awak membuka emel ini perasan awak sangat jelik, benci, kecewa dan banyak lagi terhadap saya.Saya faham itu semua, tapi apa saya harus buat, ini saya lakukan semua untuk mencari redha Allah. Saya pun tak tahu nak mula dari mana, tapi saya harap awak faham apa yang saya tulis.

Sebenarnya mesej yang saya hantar pada pagi itu memang dirancang. Mesej itu sengaja saya reka untuk saya jauhkan perasaan cinta saya kepada awak. Mungkin awak terkejut dengan sikap saya, tapi ada makna di sebalik semua tu.

Sebab utama saya hantar mesej macam tu sebab nak biar awak benci kat saya dan menjauhkan diri dari saya. Kenapa saya nak jauhkan diri dari awk?.. Selama kita menzahirkn rasa cinta dan sayang semenjak tu la hati saya rasa lain. Untuk pengetahuan awak bila saya lafaz sayang dan cinta kepada awak dan awak pula membalasnya saya terasa jiwa saya jauh dari Allah, nafsu syahwat saya naik, rasa ke arah maksiat tu ada walaupun kita tak pernah bersua. Agak remeh kan kalau orang lain baca, tapi untuk saya yang mempunyai iman yg rendah macam2 boleh jadi kat saya. Mungkin awak sebagai wanita tak rasa keadaan begitu tapi saya seorang lelaki memang menyebabkan saya lemah. Saya takut akan Allah, kekadang saya nasihatkan kawan saya jangan buat benda 2 tapi saya buat jugak. Orang pandang saya selalu pakai songkok kat sekolah macam alim, pergi masjid tapi buat benda tu, tak ke saya ni munafik?

Saya sedar apa yang saya buat mendukacitakan hati awk. Hati mana yang boleh terima difitnah begitu. Tapi bila saya buat begitu saya juga rasa berdosa sebab memfitnah wanita yang solehah. tapi apa kan daya desakan hati.

Awak memang wanita hebat, setiap kali awak menceritakan kejayaan awak memang saya cemburu. Kekadang saya fikir kenapa saya tak boleh jadi macam awak. Tapi saya tetap bersyukur dapat kawan dengan awak. Serius saya katakan awak sahajalah kawan wanita yang paling rapat dengan saya, yang lain cuma kawan biasa, jarang saya berhubung dengan mereka.

Untuk terakhir sekali, perasaan cinta dalam diri saya terhadap awak memang tertanam dalam hati saya, sebab awak cinta pertama saya. Saya tak pernah bercinta. Masalah yang saya hadapi sekarang mcm saya katakan di atas tu la. Walaupun agak remeh tapi saya pandang serius terhadap benda ni. Sebab Allah tak redhai sebuah hubungan selain daripada pernikahan. Saya harap dengan penjelasan saya awak akan faham lebih-lebih lagi awak belajar dlm aliran agama. Sekiranya kita ada jodoh tak kan ke mana. Itu janji Allah.


Wassalam..
Ikhlas dari hamba yg mencari redha Allah:
HAFIZ HAIKAL

Malam itu Wardah bersujud, pada Allah dia serahkan diri… Hari-hari dilaluinya dengan redha, tanpa rasa dendam sedikitpun terhadap Hafiz. Nota cinta Hafiz telah mengubah hidupnya. Hinggalah Wardah memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaannya dan Berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti al-Azhar, Mesir.

Wardah merenung jauh ke Tasik Titiwangsa yang damai itu. Dilihatnya pasangan-pasangan muda berpegangan tangan tanpa segan-silu. Dia bermuhasabah dalam hati. Andai satu ketika dulu dia hanyut dibuai cinta dengan Hafiz, pasti gelaran doktor pakar mustahil disandangnya. Sejenak dia memikirkan kata-kata Umminya semalam…

“Wa, bila nak menikah? Ummi teringin nak bermenantu,”

Soalan Ummi itu menggegar tangkai hati Wardah. Kenangan yang cuba diluputkannya bertahun-tahun dahulu kembali mengusik. Jauh di sudut hati, Wardah masih mengharapkan Hafiz yang entah ke mana itu. Dengan menarik nafas panjang, Wardah menyahut,

“Sesiapa sahaja yang Ummi carikan, dialah jodoh Wardah,”

Wardah merenung cincin perkahwinan di jarinya. Cantik! Sekali pandang Wardah tahu, suaminya pasti dari kalangan orang berada. Hatinya masih berdebar-debar. Sejak akad nikah tadi, dia masih belum melihat wajah suaminya. Walaupun Hafiz berada dalam hatinya, dia redha. Biarlah, pilihan Ummi pasti yang terbaik buatnya. Wardah memejam mata rapat-rapat, ditahan air matanya dari menitis. Dia ingin menjadi bintang timur buat suaminya. Biarlah dia seorang…

“Wardah Alia binti Syukri, sesungguhnya cinta itu lebih indah melalui sebuah ikatan mulia bernama perkahwinan…” Bisik suaminya, suara yang mendamaikan hatinya.

Wardah membuka matanya, dan menatap wajah penaung jiwanya kini… Hafiz Haikal…

from i luv islam..

I’m back!!!!...

Aku balik????... aku balik untuk kembali bermain ragbi setelah lama agak nya aku tinggalkn.. aq bukan lagenda atau star dlm permainan nie.. aq lebih suka lau org anggap aq kosong cz aku boleh minta banyak lg tunjuk ajar dr dwg.. anyway aq xkn dimarah lau buat salah.. hee.. xda la.. aq Cuma harap boleh buat yg terbaik ja.. bukan gila pangkat or glamor pn.. just main untk suka2.. bebas tekanan, jauh dr masalah.. bak kata pepatah “lex sudah”.. thankz banyak2 kepada yg bg aq semangat balik.. apek, gaban, buncit, dan ramai lg.. kami dh mcm sekeluarga pn.. thankz a lot.. fitness baru2 nie agak meletihkn la.. tp xpa la hope xda kecederaan dh pas nie.. bahu aq pn dh lebih 2 thn x baik nya.. baik pn kejap ja.. skru dh lut kot.. haha.. whatever la.. sapa thu.. diam sudah.. anyway hope lau aku diletakkn dlm team untk majlis sukan politeknik (MSP) kt shah alam nie.. aq akan buat yg terbaik untk team.. YG TERBAIK!!!.......

~ aku lemah tanpa kamu..

Tolong laaa….

Huhh.. jadual waktu yg padat!!!.. adoii.. agak meletihkan la.. kelas smpai 6.15?? siapakah yg mampu??… whatever la.. masaku hanya untk mu.. SABAR.. SABAR.. lau dijadikan kisah bgn kul 6pg mandy ,solat.. lex jap, then gerak g poli kul 7.45 pg smpai la kul 7 ptg bru leh balik.. huhh mencabar.. tatau la apa nk jadi tp semangat kna kuat gak.. mungkin leh kata agak gila ngn matapelajaran semua.. MEKANIK BENDALIR, KAJI DAYA BAHAN, KAJI DAYA MESIN, arghhh.. omg.. tp apakan daya.. masa untk diri aku mcm mana?? Xpa la.. untk diri ini.. aku harap buat YG TERBAIK.. sob3..

AKU hanya akan jatuh kalau AKU sendiri putus asa…

~Al fatihah

Al fatihah untk yusri kwn dr smkgp yg terlibat dlm kemalangan .. semoga ditempatkan bersama org2 yg beriman.. amin.. rasa2 nya dh ramai kwn baya umur ngn aq dh kembali kepada nya.. gadis yg sama kelas ngn aq yg meninggal sebab barah gusi lau x salah, fahmi yg terlibat dlm kemalangan semasa ingin balik ke pendang pd awal pg.. yg terbaru terlibat dlm kemalangan yg agak ngeri moto LC patah dua.. rasa2 bila la plak kita akan dipanggil.. kenapa kita mudah lupa tentang kematian?? Sedangkn hampir setiap hari org kehilangan nyawa.. sempatkah kita bertaubat?? Jika kematian menjemput kita?? Berapa banyakkah dosa dan pahala kita?? Rasa2 lau pahala dan dosa kita boleh Nampak tentu kita takut.. mungkin terkejar2 membuat kebaikan.. tp kenapa manusia mudah lupa?? PERSOALAN INI boleh ke kita JAWAB???......

Rabu, 7 Julai 2010

~ Warkah.....

emo icon Pictures, Images and Photos

takkan lagi aku menunggu
kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
puasku mengharapkan dirimu
seperti mereka yang punya cinta

Diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
diriku mahu kau tahu
pedih ini kau tak terasa

Warkahku mengharapkan dirimu
seperti yang aku kenali dulu
setiaku menantikan dirimu
seperti setianya terhadap diriku

Tapiku melepaskan mu
melangkah namun tak berdaya
terusku terus menunggu
cinta yang takkan pernah ada

~ (!)mPian Ku Pd mU...

Impian……???

Pelik kn tetiba nk cakap sal impian neh.. dh la bukan tahun baru.. nk pasang impian baru.. tengah tahun dh la.. adoii.. whatever la.. tp aq nk pasang impian tuk sem nie.. lau nk list semua bnyak kot.. leh je list smpai penuh kt blog neh.. hehh.. bg yg pertama aq nk capai dlm bulan julai nie.. myb 31 julai kot.. ialah majlis sukan politeknik dlm acara rugby kt politeknik shah alam.. hope aq terpilih dan jadi player terbaik kot untuk team psp.. gud luck2.. mula nya aq ingt nk stop dh main rugby nie.. kesihatan yg x mengizinkn, bla.. bla.. bla…… tp bila ramai yg ajak aq turun padang blik.. aq xleh la wat lengai cm 2.. now aq akan terus support team neh.. yg KE-2 aq harap sngt2 aq leh jaga pointer aq untuk sem nie.. sbb sem 2 pointer aq merosot agak teruk gak la.. whatever la yg lepas biarlah berlalu.. now untk sem 3 nie sasaran aq 3.50 ke atas…. Mungkin payah cz sub pn dh makin susah.. tp 2 la sasaran aq.. GUD LUCK.. GUD LUCK.. impian yg KE-3?? Jap nk pikir.. mungkin dlm jangka masa panjang kot.. xpalah.. kita tunggu dan lihat aq pn tatau lg apa yg akan jadi pasnie.. just ikhlas ja dlm hati.. amin… ~ fiq1819

Khamis, 1 Julai 2010

~ kuat kah aku YA ALLAH....

sabar.. SABAR.. dan terus sabar..
mungkin nie la kekuatan aq..
YA ALLAH betulkah aq kuat YA ALLAH..
berikan lah aq dengan kekuatan ini...
agar mentari bersinar kembali..
iman dan takwa jadi pegangan..
agar aku terus bersabar..
sabar.. sabar.. dan terus sabar..
..bertawakallah..
..amin..

aku bukan berseorangan.. ALLAH sentiasa bersama dengan ku...